SINGAPURA: Singapura akan memudahkan rejim ujian saringan untuk Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat mulai Isnin (24 Jan 2022), dengan tidak perlu lagi jalani Ujian Pantas Antigen (ART) pada hari ketiga dan ketujuh dari tarikh ketibaan.
Pasukan petugas berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19 juga memaklumkan bahawa pengembara tidak perlu menyerahkan keputusan ART mereka tetapi perlu diuji negatif sebelum meninggalkan tempat mereka tinggal atau menginap.
"Kami akan memansuhkan peraturan itu. Dalam erti kata lain, pengembara akan menjalani ART kendiri tanpa pengawasan dari hari kedua hingga hari ketujuh sekiranya mereka berhasrat meninggalkan kediaman atau tempat penginapan mereka," kata Pengerusi Bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media yang diadakan secara maya di sini, hari ini.
MTF juga mengumumkan bahawa pelancong yang tiba pada Isnin, dan lengkap divaksin sepenuhnya serta pulih daripada jangkitan COVID-19 - dalam tempoh 90 hari selepas terkena jangkitan, mereka akan dikecualikan daripada semua ujian dan keperluan tinggal di rumah (SHN) dengan syarat mereka dapat mengemukakan bukti yang sah.
Pada 31 Dis 2021, Singapura mengumumkan rejim ujian saringan tujuh hari dilanjutkan hingga empat minggu bagi pengembara yang tiba melalui VTL untuk memudahkan pengesanan kes Omicron yang diimport.
Dalam satu kenyataan berasingan kepada media, MTF berkata kes import kini menyumbang kepada jumlah kecil daripada keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Singapura, justeru langkah awal itu kini dilihat kurang relevan.
MTF juga mengumumkan akan terus mengekalkan had bilangan penumpang sebanyak 50 peratus bagi tiket penerbangan dan bas VTL ke Singapura buat masa ini.
Mengenai situasi semasa COVID-19, Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan bahawa bilangan kes Omicron telah meningkat secara mendadak terutamanya sejak beberapa hari lalu.
Beliau percaya bahawa kira-kira 75 peratus kes harian di negara itu membabitkan varian Omicron.
"Tetapi pada hakikatnya, kadar itu mungkin lebih tinggi, mungkin mencecah 90 peratus atau lebih. Omicron jelas mendominasi berbanding varian Delta di Singapura," katanya.
Gan berkata memandangkan varian Omicron lebih mudah berjangkit, kemungkinan besar "kita akan melihat gelombang baharu yang ketara tidak lama lagi."
Beliau berharap orang ramai terus berwaspada terutama ketika musim Perayaan Tahun Baharu Cina.
"Langkah pengurusan selamat (SMM) yang telah disediakan akan membantu mengurangkan risiko penularan dan mengurangkan tekanan pada sistem kesihatan. Kami akan mengekalkan SMM buat masa ini," katanya.
Gan mengingatkan bahawa mereka perlu bersedia menghadapi kemungkinan sebahagian besar tenaga kerja dijangkiti COVID-19.
"Sekiranya kita mempunyai, sebagai contoh 15,000 kes sehari, yang boleh terjadi dan mereka tidak dapat bekerja untuk kira-kira lima hari... kita akan dapati sekitar 75,000 pekerja tidak hadir akibat COVID-19.
"Ditambah dengan kes kontak rapat serta terpaksa kuarantin diri... jumlahnya pasti lebih tinggi dan mereka mungkin pekerja di syarikat tertentu atau sektor tertentu.
"Oleh itu, perkhidmatan mungkin terganggu dari semasa ke semasa. Ia berdasarkan pengalaman negara lain dan kita tidak boleh pandang remeh," jelasnya.
Oleh itu, beliau berkata sektor perniagaan harus menyediakan pelan sandaran bagi kesinambungan dan mengurangkan gangguan terhadap operasi terutamanya membabitkan sektor perkhidmatan penting.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
![Singapura mudahkan rejim saringan VTL udara dan darat bermula Isnin Singapura mudahkan rejim saringan VTL udara dan darat bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634714021_SINGAPORE.jpg)
Pada 31 Dis 2021, Singapura mengumumkan rejim ujian saringan tujuh hari dilanjutkan hingga empat minggu bagi pengembara yang tiba melalui VTL untuk memudahkan pengesanan kes Omicron yang diimport.- Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708143091_bayi.jpg)
Bilangan bayi dilahirkan di Singapura pada 2023 terendah dalam tempoh 50 tahun
a berdasarkan "Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2023" yang diterbitkan pada 11 Julai, sejumlah 33,541 bayi dilahirkan pada 2023
![Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71608616753_SitiNurhaliza.jpg)
Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai
Ekspo Malaysia Fest 2024 mulai 25 hingga 28 Julai di pusat konvensyen dan pameran EKSPO Singapura akan pamer pelbagai produk makanan, fesyen, kecantikan dan pelancongan negara ini.
![Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629536978_VIVIAN.jpg)
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
![Pengiriman wang kekal berisiko tinggi untuk aktiviti pembiayaan keganasan di Singapura Pengiriman wang kekal berisiko tinggi untuk aktiviti pembiayaan keganasan di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/41444836777_Singaporedollar.jpg)
Pengiriman wang kekal berisiko tinggi untuk aktiviti pembiayaan keganasan di Singapura
Pengiriman wang kekal sebagai sektor berisiko tertinggi dieksploitasi untuk Pembiayaan Keganasan (TF) di Singapura, menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin.
![Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026 Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/81500166823_Emissions.jpg)
Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026
Had 50 HSU adalah selaras dengan piawaian pelepasan di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan dalam Transit.
![Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719741458_SINGAPURA.jpg)
Pasar Singapura promosi gaya hidup sihat, kelestarian dan keterangkuman
Pasar Central Singapura yang dianjurkan oleh CDC bertujuan memenuhi slogan 'A Market with a Difference'.
![Apple Vision Pro dijual di beberapa negara bermula 12 Julai Apple Vision Pro dijual di beberapa negara bermula 12 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709178568_TBVisionProjpg.jpg)
Apple Vision Pro dijual di beberapa negara bermula 12 Julai
Apple Vision Pro kini tersedia di beberapa negara selain Amerika Syarikat termasuk China, Hong Kong, Jepun dan Singapura.
![Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719629371_tbOperasiSnipSnip.jpg)
Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.
![PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718027008_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.
![Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019 Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711614697_tbSingapore.jpg)
Singapura rampas S$6 bilion hasil kegiatan jenayah, pengubahan wang haram sejak 2019
Singapura merampas S$6 bilion yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah dan pengubahan wang haram antara Januari 2019 dan Jun 2024.