SINGAPURA: Singapura meluluskan syarat baharu penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 iaitu pada suhu peti sejuk antara dua hingga lapan darjah Celsius untuk tempoh sehingga 31 hari.
Syarat penyimpanan baharu itu diluluskan pada 20 Mei selepas kajian menyeluruh terhadap permohonan dan data tambahan dikemukakan Pfizer.
"Lanjutan tempoh penyimpanan baharu itu pada suhu yang ditetapkan adalah satu lagi kemajuan penting berbanding tempoh penyimpanan sedia ada," kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Sains Kesihatan (HSA) Singapura Dr Mimi Choong May Ling, dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kaedah baharu itu akan memudahkan lagi pengangkutan dan pengedaran vaksin ke pusat vaksinasi termasuk penyimpanan serta penggunaannya di pusat berkenaan.
HSA mendapati vaksin COVID-19 yang dinyahbeku, tidak cair dan kekal stabil ketika disimpan pada suhu peti sejuk sama seperti penyimpanan bagi tempoh panjang pada suhu kekal bawah 70 darjah Celsius.
Ketika vaksin Pfizer-BioNTech mendapat kelulusan awal pada 14 Disember 2020, HSA meluluskan syarat penyimpanan jangka masa panjang adalah pada bawah 70 darjah Celsius manakala penyimpanan sementara selepas dinyahbeku adalah antara dua hingga lapan darjah Celsius bagi tempoh sehingga lima hari saja.
Pada 25 Februari 2021, HSA sudah pun melakukan pindaan bahawa vaksin itu boleh disimpan pada suhu peti sejuk iaitu bawah 20 darjah Celsius untuk tempoh penyimpanan sehingga dua minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Pada 25 Februari 2021, HSA sudah melakukan pindaan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech boleh disimpan pada suhu peti sejuk iaitu bawah 20 darjah Celsius untuk tempoh penyimpanan sehingga dua minggu.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.