Status positif HIV bagi 14,200 individu di Singapura termasuk maklumat sulit seperti nombor kad pengenalan dan nombor telefon mereka telah dibocorkan dalam talian, dedah Kementerian Kesihatan republik itu pada Isnin.
Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, rekod data yang kini terdedah itu terdiri daripada 5,400 warga Singapura yang didiagnos dengan HIV sehingga Januari 2013, selain senarai 8,800 warga asing yang menghidap HIV sehingga Disember 2011.
Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan. Bagi warga asing, antara data sulit yang terdedah termasuklah maklumat permohonan kerja dan lawatan.
Lebih daripada itu, butiran 2,400 penama lain yang berkaitan dengan penghidap juga turut terbocor dan berisiko berada dalam akses umum.
Daftar HIV tersebut mengandungi maklumat tentang individu yang didiagnos dengan HIV, iaitu penyakit yang disenarai di bawah Akta Penyakit Berjangkit. Kementerian Kesihatan republik itu berkata pihaknya menggunakan daftar tersebut untuk menjejak penama dan menilai langkah kawalan dan pengurusan penyakit.
Semua maklumat itu kini dalam simpanan índividu yang tidak mempunyai hak ke atas daftar itu, iaitu warga Amerika Syarikat Mikhy K Farrera Brochez. Brochez telah dihantar pulanng dari Singapura pada pril 2018, selepas dia berdepan dakwaan kes penipuan dan kesalahan dadah serta dihukum penjara selama 28 bulan.
“Sementara akses kepada maklumat itu dapat dihalang, ia masih berada dalam tangan orang yang tidak sepatutnya, dan boleh terdedah kepada umum pada masa akan datang.
“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan untuk mengimbas internet bagi sebarang tanda penyebaran maklumat itu," kata kenyataan berkenaan.
Agensi
Mon Jan 28 2019

Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Lampu 'Check Engine' menyala? Usah panik, ini apa anda perlu lakukan
Lampu tersebut menyala kerana sistem komputer di dalam kereta telag mengesan ada masalah pada sistem kereta.

Kementerian Kesihatan wujud Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa
Jawatankuasa itu akan melakukan advokasi pendidikan kesihatan kepada orang awam, saringan dan diagnosis pesakit jarang jumpa.

Singapura gempar status HIV positif bagi 14,200 individu terbocor dalam talian
Maklumat yang terbocor itu merangkumi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, keputusan ujian HIV dan rekod perubatan.

Barah hidung: Peluang sembuh tinggi dengan rawatan awal
Barah hidung seperti 'Nasopharygeal carcinoma' mempunyai peluang sehingga 90 peratus untuk sembuh jika didiagnosis dan dirawat awal, demikian menurut Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Pula