SINGAPURA: Pertunjukan udara berlangsung di Singapura selama tiga hari bermula semalam hingga 18 Februari ini.

Sekitar 600 peserta tampil mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di Singapore Airshow yang diadakan di Pusat Pameran Changi.

Bilangan itu turun daripada 930 peserta pameran semasa pertunjukan terakhir pada Februari 2020, ketika kes koronavirus baru menunjukkan peningkatan.

Pasaran penerbangan mula bangkit dari pemulihan dengan perbelanjaan pertahanan serta penerbangan komersial meningkat walaupun gelombang terkini jangkitan yang didorong oleh Omicron memberi ancaman.

Mereka yang menghadiri pertunjukan mesti mematuhi peraturan koronavirus yang ketat termasuk ujian COVID-19.

Pertunjukan udara yang bermula pada tahun 2008 ini menjadi tarikan kepada eksekutif korporat kanan syarikat penerbangan dan delegasi dari seluruh dunia.

Kira-kira 13,000 orang dijangka menghadiri pertunjukan tahun ini berbanding 30,000 yang menghadirinya pada tahun 2020.

Pempamer utama pada pameran tahun ini termasuk Boeing, Airbus dan Lockheed Martin.

Jet badan lebar terbaharu keluaran Boeing, model 777x membuat penampilan pertama di Asia pada pameran tahun ini.