Ukraine, sebuah negara Eropah Timur, berminat untuk berkongsi kepakarannya dalam teknologi aeroangkasa dan kejuruteraan pesawat dengan Malaysia, kata duta negara itu, Olexander Nechytaylo.
Perkongsian kepakaran bukan sahaja akan menyediakan pendidikan kepada rakyat Malaysia melalui pemindahan teknologi, Malaysia akan mampu membangunkan industri aeroangkasanya.
"Ukraine memiliki kepakaran dan kejuruteraan aeroangkasa dan kami boleh membantu Malaysia membangunkan industri udaranya sendiri," kata Nechytaylo kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Katanya, Ukraine mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan pesawat selama bertahun-tahun dan Igor Sikorsky, pencipta helikopter terkemuka dunia, berasal dari negara itu.
Sikorsky berjaya membangunkan helikopter pertama pada 1939 dan telah mendapat banyak pengiktirafan serta membuat pencapaian dalam kejuruteraan termasuk reka bentuk pesawat.
Selain itu, pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya yang telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lepas, merupakan contoh kepimpinan Ukraine dalam teknologi aeroangkasa dan pembinaan pesawat.
Antonov An-225 Mriya mendarat di sini dalam penerbangan komersil pertama ke Malaysia selepas menjalani proses naik taraf selama lebih setahun. Pesawat kargo komersil gergasi Ukraine itu pernah membuat dua pendaratan di Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2016.
Malaysia merupakan hentian ketiganya, selepas Leipzig di Jerman dan Dammam, Arab Saudi untuk menghantar kargo berat.
Selain itu, Nechytaylo berkata, bidang lain juga berpotensi untuk mewujudkan kerjasama antara Ukraine dan Malaysia seperti pendidikan, pertukaran budaya, pelancongan dan peningkatan hubungan perdagangan.
"Pelancongan juga menjanjikan potensi yang besar. Tahun lepas, lebih daripada 13,000 pelancong Ukraine melawat Malaysia atau kira-kira 1,000 orang setiap bulan. Ini merupakan angka yang baik memandangkan jarak kedua-dua negara yang agak jauh termasuk ketiadaan perkhidmatan penerbangan terus. Sekarang ini, tugas saya adalah untuk mencetuskan minat rakyat Malaysia melawat Ukraine," katanya.
Kedutaan beliau juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa agensi pelancongan Malaysia dan berharap pada tahun depan, agensi pelancongan tempatan dapat memulakan pakej pelancongan ke Ukraine.
"Tidak ramai yang tahu kedudukan geografi Ukraine. Selalunya, orang berfikir, Ukraine terletak berhampiran dengan Kazakhstan atau Uzbekistan. Sebenarnya, Ukraine adalah pusat geografi Eropah. Kiev, sebagai ibu negara hanya terletak sejauh sejam penerbangan dari Vienna di Austria, tiga jam dari London dan dua jam penerbangan dari Amsterdam. Jika di bahagian Asia, Kiev ke Kazakhstan hanya mengambil masa selama empat jam," jelasnya.
Ukraine, yang memiliki garis pantai di Laut Hitam dan Laut Azov, berkongsi sempadan dengan Rusia, Belarus, Poland, Slovakia, Hungary, Romania dan Moldova di sebelah barat daya.
Nechytaylo ketika mengulas mengenai perdagangan dua hala, berkata sejak dua tahun lepas, ia mula menunjukkan pengembangan dan Ukraine sedang berusaha untuk membawa masuk sayur-sayuran dan buah-buahan negara itu ke dalam pasaran Malaysia.
"Ukraine kekal menjadi salah satu pengguna utama minyak sawit Malaysia. Kami bukan anggota penuh Kesatuan Eropah, oleh itu, arahan Suruhanjaya Eropah mengenai minyak sawit tidak memberi kesan ke atas Ukraine. Kami tetap komited untuk mengimport komoditi penting ini dari Malaysia," katanya.
Import minyak sawit Ukraine pada tahun ini mencecah lebih daripada 130,000 tan dalam tempoh lapan bulan pertama, iaitu peningkatan sebanyak lebih daripada 10 peratus. Ia adalah rekod pembelian tertinggi oleh Ukraine.
Nechytaylo berkata, walaupun Malaysia sedang berusaha bagi meningkatkan kesedaran untuk memastikan kemampanan dan pembangunan ladang kelapa sawit yang lebih bertanggungjawab, persepsi negatif mengenai minyak sawit telah wujud selama bertahun-tahun dan ia tidak mudah untuk ditangani.
Bagaimanapun, beliau menambah, langkah terbaik ialah terus konsisten dalam memberikan maklumat yang tepat kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
![Ukraine tawarkan kepakaran untuk industri aeroangkasa Malaysia Ukraine tawarkan kepakaran untuk industri aeroangkasa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539954006_OlexanderNechytaylo.jpg)
Olexander Nechytaylo berkata, Ukraine memiliki kepakaran dan kejuruteraan aeroangkasa dan kami boleh membantu Malaysia membangunkan industri udaranya. - Bernama
![Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024 Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713405340_telegramjpg.jpg)
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917654_TBGiatMara.jpg)
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
![Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712351455_pesawat.jpg)
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
![Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708691973_TBGSAjpg.jpg)
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
![Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700096601_Sukhoijetpesawat.jpg)
Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
![China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689162903_TBBEIJINGROCKET.jpg)
China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
![Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686790197_Burhanuddin.jpg)
Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.
![MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023 MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658447637_DatukArhamAbdulRa.jpg)
MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
![Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684908817_tblima.jpg)
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
![Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681298092_Zafrul.jpg)
Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
![LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681608555_LIMA.jpg)
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.
![Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681122488_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global
UMW Holdings Bhd memperoleh kontrak kedua bernilai RM1 bilion daripada syarikat aeroangkasa Rolls-Royce Holdings selepas kontrak pertama diperoleh pada lapan tahun lepas.