LANGKAWI: Syarikat aeroangkasa dan pertahanan, Turkish Aerospace berharap dapat meneruskan pelaburan dan kerjasama dengan Malaysia untuk pembangunan teknologi generasi baharu, khususnya dalam industri pertahanan dan penerbangan.
Bercakap secara eksklusif kepada Bernama, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Korporat Turkish Aerospace Bertan Kurt berkata syarikat itu juga bersedia melatih jurutera Malaysia di kilangnya di Ankara, bertujuan membantu Malaysia membangunkan reka bentuk dan keupayaan pembuatan jet tempurnya sendiri.
"Sebab kami berada di sini bukan hanya menjual produk, tetapi juga untuk sumber manusia. Kami mempunyai beberapa perjanjian dengan Universiti Malaya dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ... kami menerima pelajar dari sana pada musim panas ini dan akan menganjurkan perkhemahan di kemudahan kami di Ankara.
"Pelajar berkenaan akan bersama kami selama sebulan dan mereka akan melakukan program latihan sebelum pulang ke Malaysia dan selepas tamat pengajian, kami akan mengambil mereka bekerja di Malaysia atau Turkiye.
"Perkara utama kami ialah pemindahan teknologi kepada saudara di Malaysia," katanya kepada Bernama.
Kurt ditemui di luar acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) edisi ke-16 yang bermula Selasa lepas.
Pada 2021, Turkish Aerospace membuka pejabat kejuruteraan dan reka bentuknya yang pertama di Malaysia terletak di Cyberjaya yang membantu jurutera Turkiye dan Malaysia bekerjasama dalam bidang jet tempur ringan, projek Hurjet untuk ekosistem penerbangan Malaysia.
Mengulas mengenai kontrak yang dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan Turkish Aerospace untuk pesawat tanpa pemandu (UAV) Anka-S untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa LIMA'23, Kurt berkata ia adalah untuk fasa pertama dan tender itu dijalankan selama lima tahun.
Kurt berkata syarikat itu akan menghantar UAV kepada TUDM secara berperingkat bermula 2025.
"Alhamdulillah, kami telah menandatangani kontrak untuk tiga Anka-S dengan komunikasi satelit dan akan ada radar khas di dalamnya, kami akan menghantarnya dalam masa dua tahun dan pada 2025 ia akan berada dalam perkhidmatan Malaysia. Kami juga menantikan fasa dua," katanya.
Bercakap mengenai LIMA'23, beliau berkata penganjuran pameran antarabangsa dwitahunan itu telah membuka pintu kepada syarikat Turkiye untuk mengembangkan perniagaan dan mereka juga bersedia untuk mengambil bahagian dalam LIMA akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Kurt ketika ditemui di luar acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA23) edisi ke-16 yang bermula Selasa lepas. --fotoBERNAMA
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Ini caranya untuk miliki rumah pertama tanpa bayaran duit muka
Misi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah memastikan lebih ramai rakyat negara ini mampu memiliki rumah pertama.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Jenayah: Polis buru lelaki curi beg di medan selera
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah beg yang berlaku di medan selera Pusat Akuatik Seksyen 13, Shah Alam, pada 2 Januari lalu.
Guru ditahan, cabul murid tahun enam dalam rumah hantu sekolah
Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di Melaka Tengah direman enam hari selepas disyaki mencabul dua muridnya berusia 12 tahun dalam rumah hantu karnival sekolah.
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
Turkish Aerospace berhasrat teruskan pemindahan teknologi penerbangan, pertahanan dengan Malaysia
Ia sedia melatih jurutera Malaysia, membantu Malaysia membangunkan reka bentuk dan keupayaan pembuatan jet tempurnya sendiri.
Kerjasama dengan Turkish Aerospace mampu lonjak Malaysia dalam bidang aeroangkasa
Malaysia mempunyai 'resepi' yang diperlukan untuk membangun bersama teknologi Turki dan menjadi pemain besar industri aeroangkasa di rantau ini.