BEIJING: Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang dijadual diadakan pada minggu hadapan memberi pengertian yang besar kepada jalinan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Wang Wenbin, berkata ia merupakan aktiviti diplomatik penting dihoskan Beijing yang bakal menyaksikan pertemuan bersemuka buat julung kalinya antara enam ketua negara sejak China menjalin hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada 31 tahun lalu.
Terdahulu, MFA mengumumkan bahawa Presiden Xi Jinping akan mempengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi bermula 18 hingga 19 Mei.
Ketua negara dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan turut akan menghadiri persidangan itu.
Menurut Wang, isu pembangunan mekanisme China-Asia Tengah serta kerjasama segenap aspek merupakan antara agenda utama sidang kemuncak berkenaan.
"Pemimpin enam negara akan menandatangani dokumen politik penting semasa sidang kemuncak itu.
"Diyakini bahawa ia akan merangka cetak biru baharu untuk hubungan China-Asia Tengah dan membuka era baharu kerjasama kedua-dua pihak," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Menurut Wang, isu pembangunan mekanisme China-Asia Tengah serta kerjasama segenap aspek merupakan antara agenda utama sidang kemuncak berkenaan. - Gambar FB Wang Wenbin Chinese Foreign Ministry

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Presiden Xi gariskan hala tuju kerjasama China-Asia Tengah
Presiden China, Xi Jinping, menggariskan hala tuju bagi kerjasama antara China dengan lima negara Asia Tengah pada era baharu di Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang diadakan di sini, Jumaat.

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah beri makna amat besar
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang dijadual diadakan pada minggu hadapan memberi pengertian yang besar kepada jalinan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat.