Kedutaan Turki di sini berkata polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengenal pasti penyerang Lapangan Terbang Istanbul, walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pengganas Daesh bertanggungjawab dalam serangan itu, yang mengakibatkan 41 orang terbunuh dan banyak yang lain cedera.
Dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini, kedutaan itu berkata menurut para pegawai, tiga pengebom bunuh diri tiba di lapangan terbang itu dengan teksi, lalu melepaskan tembakan dengan rifel AK 47 sebelum meletupkan diri mereka pada Selasa malam.
Meja krisis ditubuhkan sejurus selepas serangan itu atas arahan Perdana Menteri Binali Yildirim dan langkah keselamatan diperketatkan berikutan serangan itu, katanya.
Bagaimanapun, menurut kedutaan itu, sebelum ini tidak wujud kelonggaran kawalan keselamatan di lapangan terbang berkenaan seperti yang dinyatakan perdana menteri Turki sendiri.
Kedutaan itu juga menghargai sokongan Malaysia kepada Turki dalam memerangi keganasan.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji pengganas ini. Bagaimanapun, kami mendapat penawar dan kekuatan apabila melihat perpaduan yang disuarakan negara sahabat dan negara bersaudara seperti Malaysia," kata kedutaan itu, sambil menegaskan bahawa Turki berazam untuk terus memerangi keganasan.
"Serangan seperti ini menunjukkan bahawa keganasan merupakan ancaman global yang membahayakan semua negara di dunia dan oleh itu, langkah untuk memeranginya perlu dilakukan secara global dan jelas sekali, tiada negara yang kebal daripada ancaman keganasan
"Jangan sekali-kali kita biarkan pengganas menjadikan hubungan antara manusia dengan manusia, budaya dengan budaya dalam kalangan rakyat negara kita sebagai tebusan. Sekiranya kita mengalah kepada keganasan dan tidak menjalani kehidupan seperti biasa, itulah sebenarnya apa yang ingin diwujudkan oleh pertubuhan pengganas. Kita tidak boleh biarkan pengganas menentukan cara untuk kita menjalani kehidupan," kata kedutaan itu.
Kedutaan itu juga berkata lapangan terbang berkenaan kembali beroperasi seperti biasa sejurus selepas serangan itu.
Bernama
Thu Jun 30 2016
Sebelum ini tidak wujud kelonggaran kawalan keselamatan di lapangan terbang Ataturk, Istanbul. - Gambar fail
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Pesawat Turki mendarat cemas setelah cermin retak akibat hujan ais
Sebuah pesawat Turki melakukan pendaratan kecemasan pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk selepas mengalami kerosakan teruk akibat hujan ais yang melanda bandar itu.
Siasatan rapi untuk kenal pasti penyerang lapangan terbang - Kedutaan
Tiga pengebom bunuh diri tiba di lapangan terbang itu dengan teksi, lalu melepaskan tembakan dengan rifel AK 47 sebelum meletupkan diri mereka pada Selasa malam.
Penyokong Galatasaray tidak dapat melihat Sneijder
Ratusan penyokong kelab Turki Galatasaray 'hampa dan kecewa' kerana tidak berpeluang melihat Wesley Sneijder dengan lebih dekat.