Sebuah pesawat Atlasglobal melakukan pendaratan cemas pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk selepas mengalami kerosakan teruk akibat hujan ais yang melanda bandar itu.
Bencana itu menyebabkan muncung dan cermin hadapan kapal terbang tersebut rosak teruk dan menyebabkan ciri autopilot pesawat gagal berfungsi.
Juruterbang Alexander Akopov bagaimanapun berjaya mengendalikan pesawat dengan selamat meskipun penglihatannya terjejas selepas cermin hadapan pesawat tersebut retak akibat dilanggar ketulan ais.
Rakaman kejadian memaparkan saat cemas pesawat tersebut melakukan pendaratan dengan keadaan fiuslajnya yang rosak teruk.
Kecekapan Akopov mengemudi pesawat berkenaan telah menyelamatkan nyawa 121 penumpang dan enam anak kapal.
“Radar kami tidak menunjukkan cuaca buruk. Itu tidak dijangka. Namun apa yang penting adalah memastikan semua penumpang selamat,” kata Akopov kepada media.
Kejadian berlaku 10 minit selepas pesawat itu berlepas dari Istanbul ke Erkan di utara Cyprus.
Akopov diberi kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang Ataturk meskipun ia telah ditutup untuk penerbangan lain ekoran cuaca buruk.
Atas keberaniannya itu, Akopov dianugerahkan pingat "Order For Courage" dari Ukraine.
Ribut yang melanda selama 20 minit itu telah melumpuhkan trafik serta menyebabkan banjir kilat yang menenggelamkan kereta dan bas serta turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.
Astro Awani
Tue Aug 01 2017
Pesawat Atlasglobal melakukan pendaratan cemas pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk selepas mengalami kerosakan teruk akibat hujan ais yang melanda bandar itu. -Reuters
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Liga Pro Saudi: Al-Ittihad hilang cengkaman di puncak
Al-Ittihad berkelebihan dua mata di puncak sebelum dipintas Al-Hilal yang memperoleh kemenangan.
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, tumpuan akan diberikan kepada kadar inflasi AS, dengan Indeks Harga Pengeluar akan dikeluarkan pada Selasa dan Indeks Harga Pengguna pula pada Rabu.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan masuk ke dalam kolam takungan air di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor petang semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir di Johor bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.
Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Januari 2025
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang.
Pesawat Turki mendarat cemas setelah cermin retak akibat hujan ais
Sebuah pesawat Turki melakukan pendaratan kecemasan pada Khamis di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk selepas mengalami kerosakan teruk akibat hujan ais yang melanda bandar itu.