Sheinbaum angkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico
Ahli fizik berusia 62 tahun yang juga bekas Datuk Bandar Mexico City itu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pada Jun lalu.
Bernama
Tue Oct 01 2024
Sheinbaum merancang meneruskan dasar-dasar pendahulunya, termasuk meneruskan program sosial Lopez Obrador dan memperluas rangkaian kereta api. - AP
MEXICO CITY: Claudia Sheinbaum mengangkat sumpah sebagai Presiden wanita pertama Mexico pada Selasa, memulakan tempoh enam tahun menggantikan mentornya, Andres Manuel Lopez Obrador, seorang populis berhaluan kiri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Populariti Lopez Obrador membantu ahli fizik berusia 62 tahun yang juga bekas Datuk Bandar Mexico City itu meraih kemenangan besar dalam pilihan raya pada Jun lalu.
Sheinbaum merancang meneruskan dasar-dasar pendahulunya, termasuk meneruskan program sosial Lopez Obrador dan memperluas rangkaian kereta api.
Kartel dadah dan ketegangan dengan Amerika Syarikat adalah antara cabaran terbesar yang dihadapi negara dengan populasi 130 juta penduduk itu.
Gaya politik Lopez Obrador menyebabkan perpecahan selama beberapa dekad, dan ramai ahli Kabinet Sheinbaum yang akan datang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan beliau.
Parti Morena, yang diasaskan oleh Lopez Obrador menguasai kedua-dua dewan Kongres Mexico.