"Terusan Panama adalah milik rakyat Panama," tegas Sheinbaum.
Trump dalam kenyataannya pada Ahad mendakwa caj yang dikenakan oleh Panama adalah "tidak masuk akal" dan beliau menuntut agar Terusan Panama dikembalikan kepada AS. Selain itu, Trump turut menyatakan sebaik sahaja beliau memegang tampuk kepimpinan di Rumah Putih, beliau akan mengisytiharkan perang terhadap kartel dadah Mexico sebagai organisasi pengganas.
Sheinbaum menegaskan, Mexico tidak akan sesekali menerima campur tangan asing dan menyatakan keyakinan yang persetujuan mengenai migrasi, perdagangan dan tarif dapat dicapai.
Trump sebelum ini mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk dari Kanada dan Mexico sekiranya mereka gagal mengawal migrasi ke AS.
-- BERNAMA