Lelaki yang membunuh tiga kakitangan wanita di pusat perlindungan veteran perang di Nape Valley, California merupakan bekas pesakit pusat berkenaan.
Menurut polis, suspek yang mati di tempat kejadian itu dikenali sebagai Albert Wong berusia 36 tahun.
Pihak polis bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti motif suspek.
Pusat perlindungan berkenaan menyediakan khidmat kesihatan mental kepada veteran perang Amerika Syarikat (AS) yang pernah ditugaskan di Iraq dan Afghanistan.
Wong ,bekas penembak tentera AS meninggalkan pusat berkenaan bagi merawat masalah gangguan stres pasca trauma (PTSD) yang dialaminya.
Dia dikatakan memasuki premis berkenaan ketika sekumpulan petugas sedang mengadakan sambutan meraikan persaraan rakan-rakan mereka.
BACA: Tiga tebusan wanita di rumah orang tua di Yountville, Amerika Syarikat mati
BACA: Sekurang-kurangnya tiga tebusan ditahan lelaki bersenjata di Amerika Syarikat
Media tempatan melaporkan, Wong pernah bertugas selama setahun di Afghanistan dan telah dianugerahkan empat pingat.
Petugas yang maut ialah Pengarah Klinikal, Jeniffer Golick, 42, Pengarah Eksekutif, Christine Loeber, 48, dan pakar psikologi klinikal Jennifer Gonzales, 29.
Agensi
Sun Mar 11 2018
![Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520633713_TBCALIVETHOMESHO.jpg)
Pusat perlindungan berkenaan menyediakan khidmat kesihatan mental kepada veteran perang Amerika Syarikat (AS) yang pernah ditugaskan di Iraq dan Afghanistan. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71520633713_TBCALIVETHOMESHO.jpg)
Serangan Yountville: Suspek tembak mati tiga petugas merupakan bekas pesakit
Lelaki yang membunuh tiga kakitangan wanita di pusat perlindungan veteran perang di Nape Valley California merupakan bekas pesakit pusat berkenaan.