Angka kematian dalam serangan ke atas pangkalan udara Patankot dilaporkan meningkat kepada sekurang-kurangnya tujuh dengan anggota keselamatan masih meneruskan operasi pembersihan di pangkalan itu, terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan Pakistan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa India mengenai angka kematian terkini.
Tiga anggota dilaporkan terbunuh dalam serangan pada 3.30 pagi semalam dan tiga orang lagi mengalami kecederaan, di sebuah hospital tentera hari ini.
Seorang wartawan CNN-IBN melaporkan dari pangkalan udara Patankot bahawa seorang pegawai tentera terkorban hari ini apabila terpijak jerangkap samar semasa menjalankan operasi pembersihan.
Wartawan itu juga memberitahu, serangan berlaku awal tengah hari dan para pegawai perisikan tentera dipetik sebagai berkata sekurang-kurangnya dua lagi anggota militan bersembunyi di pangkalan itu yang menempatkan pesawatpejuang dan helikopter tempur.
Semalam, pegawai keselamatan dan polis Punjab berkata empat anggota militan maut apabila empat hingga lima lelaki yang lengkap bersenjata menggempur pangkalan udara itu kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan.
Para penganalisis pertahanan menyalahkan kelemahan penyelarasan dalam kalangan pelbagai pasukan keselamatan sebagai punca operasi pembersihan yang dilancarkan sudah melewati lebih 24 jam.
Ketiadaan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut juga menimbulkan banyak spekulasi mengenai keselamatan pangkalan-pangkalan tentera India yang terletak berhampiran sempadan.
Berikutan serangan itu, media dan ahli politik menyalahkan tentera Pakistan kerana menyokong pengganas dengan percubaan untuk menggagalkan usaha oleh Perdana Menteri India Narindra Modi untuk memulihkan hubungan dengan negara jiran tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, amaran keselamatan dikeluarkan oleh pesuruhjaya polis New Delhi hari ini ekoran laporan bahawa beberapa anggota militan telah menyusup masuk ke ibu negara menjelang sambutan Hari Republik India pada 26 Jan.
Pagi tadi, perkhidmatan kereta api dari ibu negara ke beberapa bandaraya utama tergendala selama beberapa jam selepas polis menerima surat bahawa anggota militan telah memasang bahan letupan dalam sebuah kereta api ekspres.
Bernama
Sun Jan 03 2016
Seorang pegawai tentera terkorban hari ini apabila terpijak jerangkap samar semasa menjalankan operasi pembersihan. - Foto Reuters
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Serangan India: Angka kematian meningkat, operasi pembersihan diteruskan
Tiga anggota dilaporkan terbunuh dalam serangan pada 3.30 pagi semalam dan tiga orang lagi mengalami kecederaan, di sebuah hospital tentera hari ini.
Enam terbunuh dalam serangan di Pangkalan Tentera Udara India
Polis India menembak mati empat lelaki bersenjata yang menyerang Pangkalan Tentera Udara Pathankot, di Amritsa hari ini.