ITAEWON di Seoul, Korea Selatan memang menjadi 'tuan rumah' bagi sambutan Halloween sejak sekian lama, namun sejak pandemik melanda, acara itu telah tertunda dan amat dinanti-nanti penggemarnya.
Sebagai sebuah destinasi di Asia yang popular dengan sambutan itu, pengunjung dari luar Seoul dan pelancong asing dari negara serantau turut teruja. Mereka mencatatkan penganjuran di daerah yang terkenal dengan hiburan malam itu sebagai acara 'mesti pergi' dalam kalendar percutian mereka.
Apatah lagi sejak kerajaan melonggarkan peraturan tentang syarat berhimpun di tempat awam, yang sebelum ini dijaga ketat kerana merupakan salah satu strategi mengekang COVID-19. Oleh itu, penganjuran sambutan Halloween kali ini mencetus keinginan ramai yang 'luar biasa'.
Namun apa yang terjadi pada Sabtu malam lalu amat mengejutkan dan memilukan. Insiden rempuhan pengunjung ketika sambutan perayaan Halloween di situ menyaksikan 151 orang maut.
Memetik laporan CNN, kejadian yang berlaku di daerah Itaewon itu turut menyebabkan 156 orang cedera.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hari ini mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.
Apa yang perlu diketahui mengenai tragedi ngeri ini?
1) Kota yang sudah sedia padat
Umum perlu ketahui bahawa bandar raya Seoul sendiri sudah padat dengan populasi sejumlah 10 juta orang. Tanpa keraian seumpamanya, penduduk tempatan sudah sedar akan suasana keramaian dan kesesakan harian. Sekarang ditambah pula dengan penganjuran pesta malam Halloween yang membuatkan lebih ramai orang dari luar Seoul tiba di kota itu, lalu memenuhi kawasan utama, baik di jalanan yang luas mahupun lorong sempit di sekitarnya.
2) Mangsa remaja.
Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula. Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi adalah remaja dan orang dewasa berusia 20-an.
3) Serangan jantung penyebab kematian
Disebabkan terperangkap di lorong yang sempit, keadaan menjadi tidak terkawal seterusnya menyebabkan ramai daripada mereka mengalami sesak nafas. Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas. Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak.
4) Kostum Halloween jadi kostum kematian
Ramai mangsa terbaring di jalan raya memerlukan bantuan pernafasan dilihat memakai pelbagai kostum sambutan Halloween.
5) Ribuan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian
Lebih daripada 1,700 petugas perubatan kecemasan diarah untuk turun ke lokasi kejadian termasuk 517 anggota bomba, 1,100 pegawai polis dan kira-kira 70 kakitangan kerajaan.
6) Sukar mengenal pasti identiti mangsa
Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan keluarga mangsa mengecam mayat ahli keluarga mereka.
7) Pelancong asing meninggal dunia
Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan tersebut, termasuk antaranya berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway. Kerajaan bandar Seoul juga menerima banyak laporan tentang kehilangan pelancong asing.
8) Jumlah mangsa mungkin bertambah
Laporan terkini memaklumkan setakat ini seramai 151 orang dilaporkan meninggal dunia. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menjangka angka itu mungkin akan terus meningkat. Ini kerana mangsa yang cedera dan kritikal yang kini dirawat di hospital juga agak ramai. Kerajaan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.
VIDEO: Siasat segera punca rempuhan di acara Halloween
BACA: Puluhan terkena serangan jantung di sambutan Halloween
BACA: Rakyat Malaysia di Seoul perlukan bantuan, maklumat terkini boleh hubungi kedutaan
Faida Rahim
Sun Oct 30 2022
![Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon? Seoul menangis... Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667120368_stampede.jpg)
Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas.Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak. - REUTERS/Kim Hong-ji
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719869222_kemalanganseoul.jpg)
Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul
Sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin.
![Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651620147_Seoul.jpg)
Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
![Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706422135_RodaFerris.jpg)
Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul
RODA Ferris dengan trek berkembar tertinggi di dunia akan beroperasi di Korea Selatan seawal 2028.
![Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703912927_TBSEOUL.jpg)
Salji lebat diramal landa sebahagian besar kawasan di Seoul
Amaran itu berkuat kuasa pukul 9 pagi di bahagian timur laut dan barat laut Seoul serta Incheon di sebelah barat dan di kawasan Gyeonggi.
![Kalahkan New York dan Seoul, Kuala Lumpur tangga ke-6 bandar raya paling ramai pengunjung Kalahkan New York dan Seoul, Kuala Lumpur tangga ke-6 bandar raya paling ramai pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703396136_kualalumpur.jpg)
Kalahkan New York dan Seoul, Kuala Lumpur tangga ke-6 bandar raya paling ramai pengunjung
Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi oleh pelancong sepanjang 2023.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Guna zon industri Kaesong, Seoul ancam ambil tindakan ke atas Pyongyang Guna zon industri Kaesong, Seoul ancam ambil tindakan ke atas Pyongyang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592314140_NorthKorea.jpg)
Guna zon industri Kaesong, Seoul ancam ambil tindakan ke atas Pyongyang
Seoul akan mengambil langkah perlu jika Pyongyang terus menggunakan kilangnya di zon perindustrian bersama yang kini ditutup.
![Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/41467101159_helicopter.jpg)
Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh
Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.
![Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671469725_TBITAEWON.jpg)
Masih 'trauma', Itaewon sunyi tanpa kehadiran orang ramai
Kawasan Itaewon yang lazimnya bergemerlapan semasa musim cuti Krismas bagaikan 'pekan hantu' tanpa kehadiran orang ramai sejak tragedi rempuhan yang berlaku Oktober lalu.