Menurut pihak berkuasa, pesawat tersebut sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di Florida dari Lapangan Terbang Smyrna berdekatan Nashville apabila ia tiba-tiba terhempas ke dalam Tasik Percy Lake kira-kira jam 11 pagi, lapor portal berita ABC News.
Siasatan awal mendapati terdapat tujuh penumpang di dalam pesawat Cessna Citation 501 ketika insiden itu berlaku.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan Rutherford, Ashley McDonald berkata, ketika ini pihak berkuasa sedang mengenal pasti identiti mangsa.
Jelasnya maklumat lain berkenaan pesawat berkenaan tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana siasatan masih dijalan.
Ketua Bomba Rutherford, Joshua Sandars pula berkata usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan namun tidak menjelaskan jika mayat mangsa maut telah ditemui.