Kebakaran itu berjaya dipadamkan 20 minit selepas laporan dibuat pada 1.29 tengah hari tetapi seorang warga negara China ditemukan maut. Seorang daripada empat pekerja dan pengunjung yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Siasatan awal menunjukkan warga negara China itu didakwa memulakan kebakaran dan keadaan menjadi lebih buruk apabila suspek mengunci pintu masuk.
Polis sedang menyiasat kes itu, termasuk motif suspek memulakan kebakaran dan sama ada dewan permainan itu terlibat dalam aktiviti haram seperti pertukaran wang permainan.
-- BERNAMA