Seorang maut, tujuh yang lain cedera dalam insiden tembakan di Nashville, Amerika Syarikat.

Suspek yang memakai topeng ski melepaskan tembakan rambang di kawasan letak kereta di pekarangan sebuah gereja di sini.

Polis Metropolitan Nashville mengesahkan suspek dikenal pasti sebagai Emanuel Kidega Samson, 25.


Mangsa yang terkorban ialah wanita bernama Melanie Smith, 39, yang ditembak di tempat letak kereta gereja tersebut.

Suspek yang menyerbu masuk ke gereja kemudian dihalang pekerja gereja Robert Engle, 22, dan berlaku pergelutan di antara mereka.

Engle walau bagaimanapun dihentak di kepala dengan senjata dan suspek kemudian bertindak menembak dan mencederakan dirinya sendiri.

Suspek yang cedera dibawa ke hospital dan akan dikenakan pertuduhan bunuh dan cubaan bunuh, kata Polis Metropolitan Nashville melalui akaun Facebook.

Polis setakat ini belum dapat mengesahkan motif serangan dan kaitan suspek dengan gereja tersebut.