Sembilan pelajar British jurusan perubatan telah dikenal pasti pihak berkuasa kerana menuju ke Syria untuk bekerja di hospital yang dikuasai militan Negara Islam (IS).
Empat wanita dan lima lelaki itu dikesan memasuki negara tersebut minggu lalu. Difahamkan pemergian mereka tidak diketahui keluarga dan saudara-mara hinggalah ketika mereka hendak melintas sempadan Syria.
Seorang ahli politik Turki, Mehmet Al Ediboglu memberitahu pihak media bahawa ‘mereka semua dijangka sudah berada di Tel Abyad, iaitu sebuah bandar di Syria yang dalam kawalan pihak IS.
“Konflik yang sedang berlaku di sana sangat dahsyat, tentunya mereka (pihak IS) mengharapkan bantuan perubatan,” katanya.
Ediboglu yang telahpun bertemu dengan ahli keluarga pelajar-pelajar tersebut memberitahu bahawa kesemua sembilan belia British tersebut dikhuatiri telah ‘diperdaya’ dalam proses ‘brainwash’ oleh ejen IS.
Kumpulan penuntut itu yang berusia belasan tahun hingga awal 20-an, merupakan warga Britain berketurunan Sudan yang sedang menuntut di sebuah sekolah perubatan di Khartoum.
“Mereka semua lahir dan dibesarkan di England, namun mereka dihantar ke Sudan untuk menuntut jurusan perubatan,” kata Ediboglu.
Pelajar-pelajar berkenaan telah menaiki pesawat dan menuju ke Istanbul pada 12 Mac dan kemudiannya menaiki bas ke sempadan Syria pada keesokan harinya.
Ahli keluarga mereka menerima berita mengejutkan itu hanya apabila salah seorang daripada pelajar, Lena Maumoon Abdulqadir, 19, menghantar pesanan teks kepada kakaknya yang memberitahu dirinya ‘mahu menjadi sukarelawan membantu rakyat Syria’.
Pejabat Kementerian Dalam Negeri Britain memberitahu bahawa kumpulan pelajar tersebut tidak secara automatik berdepan pendakwaan sejurus pulang nanti, asalkan mereka mempunyai bukti bahawa mereka tidak bertindak menyebelahi pihak IS.
Agensi
Sun Mar 22 2015
EDIBOGLU: Mereka semua dijangka sudah berada di Tel Abyad, iaitu sebuah bandar di Syria yang dalam kawalan pihak IS. - Foto Facebook Ediboglu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
PRU15: Kami bukan 'produk pelancongan', kami sebahagian arkitek pembentukan Malaysia - Presiden Baba Nyonya
Sumbangan yang diberikan oleh kaum itu dalam pembentukan Malaysia juga adalah sesuatu yang turut dirakam sejarah negara ini.
Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas
Ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.
Malaysia, UK lancar buku panduan mengenai bandar raya pintar
Malaysia dan UK bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar.
Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.
COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.