ARAR (Arab Saudi): Pihak berkuasa di pintu masuk Jdeidet Arar di wilayah sempadan utara mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir jemaah haji Iraq yang telah menyelesaikan ibadah Haji mereka.

Gabenor Wilayah Sempadan Utara Putera Faisal bin Khalid bin Sultan bin Abdulaziz menyelia perjalanan pulang mereka, menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jumlah jemaah yang berlepas melebihi 21,000, dan pelbagai agensi keselamatan serta perkhidmatan menyediakan perkhidmatan komprehensif untuk mempercepatkan prosedur kastam dan pentadbiran.

Selain itu, sukarelawan turut berusaha mengagihkan al-Quran kepada jemaah yang berlepas sebagai buah tangan daripada Penjaga Dua Masjid Suci.


--BERNAMA-SPA