Kumpulan militan Pakistan menembak mati seorang calon pilihan raya, Shakil Ahmed di Karachi yang bertanding sebagai calon bebas.

Serangan itu adalah salah satu daripada siri serangan yang dilancarkan militan sehari sebelum berlangsungnya pilihan raya umum Pakistan.

Setakat ini, 130 orang telah terbunuh terdiri daripada calon dan pekerja parti yang dilabel sekular oleh Taliban.

Dalam serangan terbaru, selain Shakil turut terbunuh adalah seorang penduduk dikenali sebagai Mohammad Ali.

Polis masih menyiasat motif serangan dan kumpulan bertanggungjawab.

Taliban sebelum ini berikrar mahu melancarkan serangan terhadap parti yang dilabel sekular.

Rakyat Pakistan akan mengundi hari ini menandakan pemilihan kerajaan secara demokratik.