Ringkasan AI
- Samsung akan menjadi pemegang saham terbesar dalam Rainbow Robotics dan menjadikannya subsidiari di bawah Samsung Electronics.
- Samsung merancang untuk mempercepatkan pembangunan robot pintar dengan menggabungkan kepakaran Rainbow Robotics dan teknologi AI mereka.
- Samsung akan membentuk Future Robotics Office yang akan memfokuskan kepada pembangunan robot berbentuk manusia.
Selari dengan pengumuman ini, Samsung turut menyatakan bahawa mereka akan terus memacu pembangunan teknologi robot.
Untuk makluman, Rainbow Robotics telah diasaskan pada tahun 2011 dan menjadi syarikat pertama di Korea yang membangunkan robot yang boleh berjalan dengan dua kaki.
Samsung mengatakan bahawa dengan menyatukan kepakaran teknologi robotik Rainbow Robotics dan kelebihan perisian serta teknologi AI oleh Samsung, mereka merancang untuk mempercepatkan pembangunan robot pintar.
Untuk tujuan tersebut, Samsung akan membentuk sebuah pasukan dan pejabat baharu yang melaporkan terus kepada CEO, dinamakan Future Robotics Office.
Bahagian ini akan memfokuskan kepada pembangunan robot berbentuk manusia, serta menyasarkan untuk menjadikan Samsung turut menerajui dalam persaingan teknologi robotik akan datang. -Amanz