MICHIGAN:Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menjawat jawatan sebagai Peguam Besar Negeri negara itu.
Menurut laporan akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, Saima Mohsin, 52, menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan, dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari hadapan.
Mengikut Perlembagaan AS, Peguam Besar Negeri juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Persekutuan di kawasan mereka, dan turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan Kerajaan Amerika Syarikat.
Presiden mempunyai kuasa untuk melantik Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat.
Schneider, yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya pada Khamis, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama Peguam AS untuk daerah timur Michigan, akan menggantikannya.
Lahir di Pakistan, Mohsin telah menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad, dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.
“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam posisi yang cukup penting, iaiatu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur negeri ini,” menurut akhbar itu lagi.
Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat AS sebelum boleh menjawat jawatan itu secara kekal.
Agensi
Tue Jan 26 2021
Presiden mempunyai kuasa untuk melantik Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan Amerika Syarikat. - Detroit Free Press
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Besar Negeri AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka