Polis Indonesia percaya insiden rusuhan di Jakarta sejak dua hari lepas, turut didalangi kumpulan pengganas ISIS.
Daripada 257 perusuh yang ditahan setakat ini, beberapa orang disyaki menganggotai kumpulan militan ISIS atau Negara Islam Iraq dan Syria.
Ketua Divisyen Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, M Iqbal berkata polis sedang memburu dalang atau mereka yang mengarahkan rusuhan itu.
"Kami telah kenalpasti pemimpin kumpulan itu dan sedang memburunya, kumpulan ini juga didapati merancang menyerang premis polis," katanya pada sidang media di sini.
M Iqbal berkata demonstrasi membantah keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia (Pilpres 2019) sejak dua hari lepas itu dilakukan beberapa kumpulan.
Kumpulan pertama, adalah kumpulan demonstrasi massa yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman, dengan mendakwa berlaku penipuan dalam proses Pilpres 2019.
Kumpulan kedua, adalah kumpulan dari luar Jakarta (Jawa Barat, Jawa Timur dan Banten), yang bertujuan merusuh dan mencetuskan suasana tidak aman di Jakarta, dan kumpulan ketiga, adalah mereka yang didalangi ISIS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019

Anggota polis bertempur dengan penunjuk perasaan di hadapan bangunan Agensi Pengawasan Pilihan Raya Indonesia di Jakarta, 22 Mei, 2019. Donal Husni/ZUMA Wire/dpa/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Rusuhan di Jakarta turut didalangi ISIS
Daripada 257 perusuh yang ditahan setakat ini, beberapa orang disyaki menganggotai kumpulan militan ISIS atau Negara Islam Iraq dan Syria.