RUSIA menetapkan penjualan gas aslinya akan menggunakan mata wang ruble, khususnya kepada negara yang dianggap tidak mesra, sekali gus menyaksikan harga gas dan minyak di Eropah melonjak naik.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, langkah itu sebagai balasan terhadap tindakan Barat membekukan aset milik Rusia.
"Saya telah memutuskan untuk melaksanakan satu set langkah untuk menukar pembayaran, secepat mungkin. Kita mulakan dengan menukar pembayaran untuk gas asli kita yang dibekalkan kepada negara yang dikatakan tidak mesra dengan Rusia, kepada ruble Rusia.
"Semua pengguna asing harus diberi peluang untuk membuat transaksi yang diperlukan, dan harus ada prosedur telus yang boleh difahami untuk mereka membuat pembayaran, termasuk prosedur pembelian ruble Rusia dalam pasaran pertukaran asing domestik kami.
"Saya sudah arahkan Bank of Rusia, bersama-sama dengan kerajaan, untuk menentukan prosedur bagi transaksi sedemikian dalam masa seminggu," katanya dalam sidang video khas di Moscow pada Rabu.
Mesej yang dibawa Putin adalah jelas, iaitu: Jika anda mahukan gas kami, beli mata wang kami.
Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada Rusia berkuasa untuk menukar secara unilateral kontrak sedia ada yang dipersetujui dalam euro.
Putin pada masa sama memberi jaminan, bekalan akan terus disalurkan oleh Rusia di sebalik sekatan ekonomi yang dikenakan Barat.
"Pada masa yang sama, saya ingin menekankan bahawa, Rusia akan meneruskan dengan segala cara untuk membekalkan gas asli mengikut jumlah, harga dan prinsip penetapan harga yang ditetapkan dalam kontrak yang dibuat sebelum ini," katanya.
Negara Eropah bergantung besar kepada bekalan tenaga dari Rusia untuk kegunaan kilang dan rumah penduduk khususnya pada musim sejuk.
Sejak keputusan itu dibuat, harga pukal bagi gas di Eropah melonjak sehingga 30 peratus dan nilai ruble pula meningkat selepas kejatuhan mendadak pasca sekatan Barat.
Cabaran kini adalah buat Kesatuan Eropah (EU) untuk mencari jalan pembayaran yang lebih mudah memandangkan institusi kewangan blok itu dihalang dari berurusan dengan Rusia.
Pertukaran ini bermakna insititusi kewangan EU perlu mendapatkan ruble daripada pasaran domestik Rusia.
Setakat ini 40 peratus bekalan gas Eropah adalah dari Rusia namun ketika ini EU sedang berusaha mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergentungan terhadap Rusia.
Namun, Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebelum ini menegaskan, tidak ada satu sumber di dunia yang mampu mengantikan sumber minyak Rusia sebanyak 7 juta tong sehari.
Najib Aroff
Thu Mar 24 2022
Putin pada masa sama memberi jaminan bekalan akan terus disalurkan Rusia di sebalik sekatan ekonomi yang dikenakan Barat. - Gambar fail AP
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.
Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.