Wiberg menyerahkan watikah pelantikan beliau sebagai Duta Besar yang baharu dilantik pada 21 Okt 2024 kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Bercakap dalam temu bual baru-baru ini, katanya terdapat matlamat yang pasti untuk blok EU yang mempunyai 27 negara anggota termasuk Sweden untuk memupuk hubungan politik, ekonomi dan sosial yang lebih erat dengan negara-negara Asia Tenggara.
Beliau berkata negara-negara EU menyambut baik sekiranya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN boleh berperanan menjalinkan hubungan lebih erat melalui kepentingan bersama antara ASEAN dan EU.
"Sweden berhasrat untuk memeterai Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan ASEAN ketika Malaysia menjadi pengerusi di Kuala Lumpur," katanya mengenai usaha untuk membawa hubungan berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau berkata terdapat beberapa bidang yang akan meraih manfaat daripada kerjasama serantau, antaranya dalam aspek keselamatan, peralihan hijau dan kerjasama tenaga
"Selain itu, ASEAN boleh berperanan untuk membantu menyumbang kepada penyelesaian konflik serantau seperti di Myanmar, dan kami amat menyokongnya," katanya.
-- BERNAMA