PARIS: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluan paling kanan selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.

Ia susulan pakatan berhaluan kiri cipta keputusan mengejutkan, memperoleh kerusi paling banyak dalam pilihan raya Perancis.

Protes berlansung di Place de la Republique di pusat bandar Paris.

Keputusan berdasarkan unjuran peninjau merupakan satu kejutan bagi Parti Nationalis pimpinan Marine Le Pen, National Rally (RN).

Tinjauan pendapat meramalkan kemenangan terbesar buat parti itu namun akhirnya hanya menduduki tempat ketiga.

Pilihan raya akan menyebabkan Parlimen terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu kiri, sentris, dan paling kanan, dengan platform yang sangat berbeza.

Ini menyebabkan tiada kemungkinan untuk sebarang kerjasama diwujudkan.

Bagaimanapun, masyarakat Perancis masih ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya.