Ini susulan kematian enam tebusan di Gaza baru-baru ini yang terus mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan rakyat Israel.
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza, termasuk perjanjian pembebasan tebusan, dilihat goyah apabila Israel dan Hamas masih belum mencapai satu persetujuan.
Protes besar-besaran telah menuntut pemimpin Israel berbuat lebih banyak bagi memastikan semua tebusan dibebaskan.
Hamas telah menawan kira-kira 250 tebusan warga asing dan Israel.
Susulan itu, Israel telah membuat serangan balas di Gaza dengan membunuh lebih 41,000 rakyat Palestin.
Kira-kira 100 tebusan masih lagi berada di Gaza dan sekurang-kurangnya satu pertiga daripadanya dipercayai telah mati.
Lebih 100 tebusan pula telah dibebaskan sebagai balasan kepada tahanan Palestin pada November tahun lalu dan lapan telah diselamatkan oleh tentera Israel.