Jangkitan baharu COVID-19 di Republik Czech mengejutkan banyak pihak apabila buat kali pertama mencatatkan jumlah harian melebihi 3,000 kes pada Jumaat, lapor Reuters.
Perkembangan membimbangkan itu hanya sehari selepas negara berkenaan merekodkan kes harian tinggi baharu iaitu melebihi 2,000 kes.
Negara dengan populasi 10.7 juta orang itu menjadi negara Eropah terkini yang mengalami kenaikan ketara jangkitan pandemik tersebut di Eropah. Pada September, kes positif baharu harian berada pada jumlah sekitar 1,000 kes.
Menurut data Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada Khamis, negara itu mengesan 3,130 kes baharu pada Khamis, iaitu pertambahan sebanyak 2,137 kes berbanding hari sebelumnya.
Secara keseluruhan, Republik Czech mencatatkan jumlah jangkitan sebanyak 44,155 kes.
Perkembangan itu sedikit sebanyak suatu tamparan hebat kepada rakyatnya. Pada sekitar Julai lalu, sewaktu seluruh dunia dalam keadaan berjaga-jaga dalam menangani ancaman pandemik berkenaan, warga Prague sebaliknya melangsungkan acara sosial besar-besaran.
Acara yang dilangsungkan di mercutanda ikonik bandar raya itu, Charles Bridge, menghimpunkan warga tempatan dalam satu majlis makan malam sebagai tanda mereka 'tidak perlu gentar' pada ancaman koronavirus.
BACA: Warga Prague ucap 'selamat tinggal' kepada COVID-19 dengan acara makan malam
Agencies
Fri Sep 18 2020
Secara keseluruhan, Republik Czech mencatatkan jumlah jangkitan sebanyak 44,155 kes. - Reuters
Belanjawan 2025 : MyCC disediakan RM27 juta - PM Anwar
Setakat September lalu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel, penipuan bida melibatkan jumlah penalti hampir RM600 juta melibatkan lebih 350 syarikat.
Penyasaran subsidi petrol RON95 akan dilaksana pertengahan tahun depan
Sehubungan itu kata PM tanggungan subsidi RON95 masih diteruskan untuk 85% rakyat iaitu kerajaan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah RM12 bilion.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025
Ke arah pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025, Kerajaan bercadang pembelian peralatan ICT diberikan elaun modal untuk dituntut sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Jika berlaku kesilapan dan tidak betulkan, itu kesilapan yang sebenar
Kata PM, pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah namun subsidi itu dinikmati oleh golongan maha kaya.
Belanjawan 2025: Insentif khas untuk pacu pertumbuhan JSSEZ
Kerajaan akan menyediakan insentif khas bagi memacu pertumbuhan Zon Ekonomi Khas Johor Singapura (JSSEZ) sebagai zon ekonomi khas yang mampan.
Belanjawan 2025: Kerajaan mahu tamat masalah rakyat beratur panjang, isi pelbagai borang
Kerajaan MADANI beriltizam meningkatkan permohonan secara dalam talian, dan rakyat hanya perlu ke pejabat kerajaan untuk mengambil dokumen sahaja.
Malaysia berjaya meraih pelaburan syarikat gergasi teknologi dunia
Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika syarikat gergasi teknologi dunia.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#AWANInews
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#AWANInews
Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus
Jelas PM, pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Peluasan skop SST akan berkuat kuasa 1 Mei 2025
Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.