SURABAYA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur 22 Oktober tahun lalu.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah di Surabaya selepas pegawai perlawananan, Abdul Haris didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian orang awam.
Sebelum ini, Siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia mendapati punca utama rempuhan itu disebabkan tindakan polis melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Tindakan itu sebenarnya diharamkan badan induk dunia bola sepak FIFA dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengawal orang awam.
Seorang lagi pegawai perlawanan akan mendengar keputusannya pada Khamis ini.
Manakala tiga lagi pegawai polis turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kes mereka akan diputuskan kemudian.
Abdul Haris, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Arema FC, yang pernah mengendali pasukan Crisis Center atau Pusat Informasi Korban bagi menerima laporan serta mengendalikan mangsa yang dirawat di hospital ketika tragedi itu berlaku pada Oktober lalu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Dalam kejadian itu, perlawanan derby antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan kekecohan dan menyaksikan 135 penonton terbunuh.
Manakala, berpuluh lagi dilaporkan cedera ketika cuba melarikan diri untuk keluar selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
Agensi
Thu Mar 09 2023
![Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664867217_TBINDOSOCCERRIOT.jpg)
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di stadium Malang, Jawa Timur 22 Okt, tahun lalu. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664867217_TBINDOSOCCERRIOT.jpg)
Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di stadium Malang, Jawa Timur.