IBU jenis apa yang sanggup melihat darah daging sendiri didera hingga tidak lagi bernyawa di depan mata. Namun itu hakikat yang berlaku di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.
Jeremiah Valencia, 13 tahun, mangsa terbaharu kecelaruan institusi keluarga di negara Uncle Sam itu, mati dalam keadaan sungguh menyentuh hati.
Remaja itu dirogol, dibakar dan dipukul hingga mati oleh teman lelaki ibu kandungnya sendiri.
Mayatnya ditemui dalam keadaan memakai lampin pakai buang dewasa di dalam tong penyimpanan barang beberapa kilometer dari kediamannya hujung Januari lalu.
Peguam Wilayah Santa Fe, Marco Serna, dalam sidang medianya menyifatkan kes tersebut yang paling menyentuh perasaan yang pernah dikendalikannya.
“Dia diletakkan di dalam rumah anjing selama beberapa jam tanpa makanan.
“Saya sangat marah terhadap tragedi ini dan akan lakukan segala yang mungkin bagi mendapatkan keadilan buat anak yang tidak bersalah ini,” kata Serna.
Thomas Ferguson, 42 tahun, telah ditahan dan didakwa atas tuduhan bunuh dan 17 dakwaan lain, termasuk culik dan dera.
Turut ditahan, ibu mangsa Tracy Ann Pena, 35 tahun, dan Jordan Nunez, 19 tahun, anak lelaki Ferguson. Kedua duanya didakwa atas tuduhan mendera hingga membawa kematian.
Menurut Pena, dia dipaksa untuk mengalihkan mayat anaknya dan terpaksa mengunci mulut kerana takutkan teman lelakinya itu.
Perkara itu bagaimanapun terbongkar selepas dia memberitahu banduan lain mengenai perkara itu ketika ditahan bagi kes jenayah berasingan yang membawa kepada operasi mencari mangsa.
Nunez pula mendedahkan, dirinya juga pernah menjadi mangsa dera ayahnya ketika kecil.
Sementara itu, kakak kepada mangsa memaklumkan kepada anggota penyiasat, Nunez dan Ferguson telah membersihkan mayat Jeremiah di dalam tab mandi sejurus dia dibunuh.
Bagaimanapun, kesan darah ditemui di bilik tidur pasangan terbabit.
Agensi
Sun Feb 25 2018
Mayat Jeremiah Valencia ditemui dalam keadaan memakai lampin pakai buang dewasa di dalam tong penyimpanan barang hujung Januari lalu. - Gambar hiasan
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh
Dalam kejadian itu, penembak yang dinamakan oleh FBI sebagai Thomas Matthew Crooks, dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan
FBI dilaporkan masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia.
Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Jurucakap Trump, Steven Cheung berkata, bekas presiden itu "dalam keadaan baik."
Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.