ARKANSAS: Seorang remaja berusia 18 tahun di Arkansas, Amerika Syarikat, telah dipilih menjadi Datuk Bandar kulit hitam termuda di negara itu.
Jaylen Smith baru sahaja menamatkan sekolah menengah pada bulan Mei.
Selasa lalu, dia telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.
"Ibu saya tidak boleh berhenti menangis," kata Smith kepada Washington Post.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya kerana meningkatkan usaha untuk menarik orang ramai ke pilihan raya. Saya benar-benar berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Smith berazam untuk menambah baik pasukan polis, membaiki sistem perparitan bandar dan menangani isu rumah terbiar selain turut merancang untuk membawa sebuah kedai runcit besar, selepas satu-satunya kedai seumpama itu di bandar berkenaan ditutup tahun lalu.
Semasa di sekolah menengah, beliau berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pelajar dan beberapa peranan kepimpinan dalam kelab-kelab sekolah.
"Anda perlu bermula di suatu tempat untuk melakukannya. Saya tidak mahu menunggu usia 30 atau 40 dan menjadi datuk bandar sedangkan saya boleh menjadi datuk bandar sekarang," katanya lagi.
Semasa kempennya, Smith menerima bimbingan dan nasihat daripada Datuk Bandar Little Rock, Arkansas, Frank Scott Jr.
Scott Jr, yang juga presiden Persatuan Datuk Bandar Afrika-Amerika, berbangga dengan kemenangan Smith.
"Saya teruja bagi pihak Smith dan seluruh komuniti di Earle kerana dia menjadi Datuk Bandar Afrika-Amerika termuda yang dipilih di negara ini.
"Saya berbangga dengan kesediaannya untuk memasuki perkhidmatan awam pada usia yang begitu muda dan matlamat aspirasinya untuk bandar itu," katanya kepada CNN.
Smith merancang menyambung pelajaran di Arkansas State University Mid-South untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pendakwa raya, dan pada masa yang sama, memberi tumpuan terhadap tugasannya sebagai datuk bandar.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee. - Foto Twitter/Andrew Epperson
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Remaja 18 tahun dipilih sebagai datuk bandar di AS
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.