MELBOURNE:Restoran, kafe dan bar di Victoria, Australia akan dibenarkan beroperasi semula selepas negerimerekodkan kes sifar buat pertama kali sejak Jun lalu.

Ketua Menterinya, Daniel Andrews memaklumkan, kelonggaran itu termasuk kebenaran untuk bersukan di luar.

Sejak empat bulan lalu, Melbourne menjalani langkah kawalan ketat begi memerangi penyebaran COVID -19.

Kali terakhir Victoria mencatatkan  jangkitan satu digit dalam tempoh 24 jam adalah pada 9 Jun.

Kematian terakhir direkodkan pada 19 Oktober,  menjadikan angka kematian di negeri itu kepada  817 kes.

Jumlah jangkitan harian Victoria disahkan meningkat kepada 725 pada awal Ogos.