NEW DELHI: Ramai penunjuk perasaan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Pakistan susulan protes yang semakin meningkat di seluruh negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Imran Khan.
Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) menggantung perkhidmatan Internet di seluruh negara sehingga diberitahu kelak, atas arahan Kementerian Dalam Negeri, lapor media tempatan.
Pada Rabu, mahkamah membenarkan Biro Akauntabiliti Nasional (NAB), agensi antirasuah, menahan Imran selama lapan hari manakala di mahkamah lain beliau didakwa menjual hadiah negara secara tidak sah semasa menjadi perdana menteri antara 2018 dan 2022.
Imran menerima layanan buruk sejak penahanannya pada Selasa, menurut seorang daripada peguam beliau selepas bekas perdana menteri itu hadir di mahkamah sementara di kemudahan polis di Islamabad pada Rabu.
Sejak digulingkan pada April 2022, beliau didakwa terhadap lebih 100 kes melibatkan keganasan serta rasuah.
Sementara itu, pihak berkuasa terus meningkatkan langkah keselamatan di seluruh negara berikutan protes yang semakin meluas di bandar-bandar utama, termasuk Lahore, Peshawar, Islamabad dan Karachi.
Perhimpunan lebih daripada empat orang diharamkan di Sindh dan Punjab dan tentera juga dikerahkan di Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa
Naib pengerusi PTI Shah Mahmood Qureshi ditahan di Islamabad dan di wilayah Punjab sahaja, lebih 1,000 orang turut ditahan.
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 27 cedera dalam pertempuran di bandar Peshawar, menurut media tempatan yang memetik sumber hospital.
"Laporan juga menyebut berpuluh-puluh orang tidak bersenjata terbunuh di seluruh Pakistan ketika pasukan polis melepaskan tembakan terus ke arah penunjuk perasaan. Tidak pernah Pakistan menyaksikan kekejaman seperti itu," kata ketua kanan PTI Hammad Azhar di Twitter.
Ketegangan yang berterusan ini mungkin menambahkan lagi masalah ekonomi Pakistan di tengah-tengah rizab pertukaran asing yang semakin berkurangan dan inflasi yang meningkat.
Rupee jatuh 1.3 peratus kepada rekod terendah 288.5 berbanding dolar Amerika pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Polis menangkap seorang penyokong Imran Khan yang mengadakan protes bersama penunjuk perasaan lain di Lahore, Pakistan, 10 Mei 2023. (Foto AP)
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Pakistan tawar visa pantas kepada rakyat Malaysia
Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu bagi tujuan perniagaan, pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.
3 diburu kes pergaduhan dua kumpulan warga Pakistan di Penampang
Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kedua-dua pihak dan terdapat tiga suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu sedang diburu.
Dua lelaki cedera dilibas parang dalam kejadian samun di Tumpat
Mangsa bertindak melawan kedua-dua suspek sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan pada tangan akibat dilibas senjata itu.
Tujuh maut selepas minum susu beracun di Sindh, Pakistan
Sekurang-kurangnya tujuh orang ahli sebuah keluarga maut selepas meminum susu beracun di wilayah Sindh, selatan Pakistan.
Pakistan dan Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia
Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersama pada akhir rundingan politik terbaharu kedua-dua negara di Islamabad pada Isnin.
Pakistan desak Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza
Tragedi di Gaza yang memasuki hari ke-300 mendedahkan kelemahan dunia dalam menghadapi sokongan Barat terhadap rejim Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.