TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Yoava Gallant berjanji, rakyat Palestin akan mentadbir Gaza selepas perang dengan Israel berakhir.

Kata beliau, memandangkan rakyat Palestin tinggal di Gaza, mereka akan mentadbirnya pada masa hadapan selain kerajaan Gaza pada masa depan perlu berkembang dari Semenanjung Gaza.

Tambahnya, pada akhir perang, tidak akan ada ancaman ketenteraan dari Gaza, di mana Hamas tidak akan dapat memerintah dan berfungsi sebagai pasukan tentera di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, kerajaan masa depan akan menjadi "alternatif awam" tetapi menegaskan, tentera Israel akan mempunyai "kebebasan operasi" yang bertujuan melindungi rakyatnya.

Hamas, kumpulan pejuang yang memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007, memasuki perang dengan Israel apabila pejuangnya memecah sempadan ketenteraan wilayah Palestin dengan Israel pada 7 Oktober 2023.

Serangan itu mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 orang di Israel.

Manakala serangan balas rejim Zionis sejak itu telah membunuh lebih 24,000 orang di Gaza dengan kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak. - Agensi