RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Ahad mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer, di mana Abbas mengucapkan tahniah kepada Starmer atas kemenangan Parti Buruh dalam pilihan raya parlimen baru-baru ini.
Abbas menyatakan keyakinan bahawa kerajaan baharu Britain akan mengukuhkan ikatan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Beliau mendoakan kejayaan dan kemakmuran kepada Starmer dan UK, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Semasa panggilan itu, Abbas mengemas kini Starmer mengenai situasi di wilayah Palestin, menekankan keperluan mendesak usaha antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata, menyampaikan bantuan kemanusiaan, mengundurkan tentera Israel dari Gaza dan 'menyalurkan' dana cukai Palestin yang ditahan oleh Israel.
Abbas juga mengesahkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Starmer ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan legitimasi antarabangsa, sambil menekankan kepentingan Britain mengiktiraf Negara Palestin.
Sementara itu, Starmer mengulangi sokongan United Kingdom (UK) terhadap gencatan senjata, bantuan kemanusiaan dan pembebasan tawanan serta dana cukai Palestin yang ditahan oleh Israel.
Beliau menekankan kepentingan program reformasi kerajaan Palestin dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama, sambil menyatakan bahawa Setiausaha Luar Britain David Lammy akan melawat Palestin tidak lama lagi untuk perbincangan lanjut.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengekalkan penyelarasan dan komunikasi bagi membuat susulan isu-isu ini serta mengukuhkan hubungan dua hala.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Abbas menyatakan keyakinan bahawa kerajaan baharu Britain akan mengukuhkan ikatan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara. - Gambar/ AP

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pilihan raya Britain: "Saya atau Starmer? Pilih yang ada rancangan..." - Rishi Sunak
Rakyat Britain perlu membuat pilihan terbaik demi masa depan generasi akan datang di saat dunia menyaksikan perpecahan masyarakat.

Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.