JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata rakyat negara itu belum berpuas hati terhadap usaha membanteras rasuah, sambil berkata penguat kuasa tidak harus leka selepas berjaya menyelesaikan beberapa kes besar baru-baru ini.
"Jangan cepat berpuas hati dulu, kerana penilaian masyarakat terhadap upaya pembenterasan rasuah masih dinilai belum baik," kata presiden Indonesia, yang dikenali sebagai Jokowi, hari ini sempena Hari Anti-Rasuah Sedunia.
Penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pembasmian Rasuah perlu mengutamakan langkah yang menyeluruh agar rakyat merasai dan menerima manfaatnya, bukan hanya kepada kes-kes tumpuan umum.
Dalam satu tinjauan nasional bulan lepas, beliau berkata rakyat meletakkan pembanterasan rasuah sebagai isu kedua untuk diselesaikan dengan yang pertama adalah penciptaan peluang pekerjaan.
Namun, Jokowi menegaskan rasuah adalah punca masalah kerana mengganggu penciptaan pekerjaan serta menaikkan harga perkhidmatan dan barang keperluan asas.
Tambahnya lagi, kedudukan Indonesia di tempat ke 102 berbanding Singapura (3), Brunei (35) dan Malaysia (57) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun 2020 perlu diperbaiki dengan lebih serius.
Beliau, bagaimanapun, mengakui pengendalian pencegahan rasuah di negara itu bertambah baik dengan merujuk kepada skandal rasuah syarikat insurans PT Asabri.
Tujuh orang yang tertuduh dipenjara 10 tahun termasuk hukuman mati dan nilai aset yang disita mencecah puluhan trilion rupiah.
Dalam kes syarikat insurans milik kerajaan PT Jiwasraya, tertuduh dihukum mati oleh Pejabat Pendakwa Raya dan dua lagi dipenjara seumur hidup. Aset yang disita bernilai 18 trilion rupiah (RM5.3 bilion).
Untuk skandal Bank Indonesia Liquidity Assistance Fund, penguasa sedang mendapatkan kembali dana berjumlah 110 triloun rupiah (RM32 bilion) daripada peminjam dan penghutang.
Sementara itu, data terbaharu yang dikeluarkan Badan Perangkaan Pusat menunjukkan peningkatan indeks tingkah laku antirasuah (IPAK), kata Jokowi.
Setakat tahun ini, IPAK Indonesia terus meningkat mencapai 3.88 pada skala 0 hingga 5, berbanding 3.84 pada 2020 dan 3.7 pada 2019.
Skor 0 mewakili masyarakat yang membenarkan aktiviti rasuah dan skor 5 menunjukkan tingkah laku anti-rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Jokowi berkata penguatkuasa termasuk Suruhanjaya Pembasmian Rasuah perlu mengutamakan langkah yang menyeluruh agar rakyat merasai dan menerima manfaatnya, bukan hanya kepada kes-kes tumpuan umum. - Gambar fail/Twitter/@jokowi
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.
Presiden Jokowi mula bertugas di Ibu Kota Nusantara Selasa depan
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan mula bertugas di Ibu Kota Nusantara (IKN) selama 40 hari bermula 10 September sehingga 19 Oktober depan.