GALILEE: Ratusan rakyat Arab Israel berarak di jalan-jalan bandar Deir Hanna di wilayah Galilea di Israel bagi menandakan ulang tahun ke-48 Hari Tanah atau Land Day.
Mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan sokongan untuk Gaza, perhimpunan tahun ini adalah untuk menyokong penduduk Gaza dan menghentikan perang.
Kedua-dua rakyat Palestin dan Arab Israel memperingati pembunuhan enam warga Arab negara Yahudi itu oleh pasukan keselamatan Israel semasa protes pada 1976 atas rampasan tanah kerajaan di utara Israel, peristiwa yang kini dikenali sebagai Hari Tanah.
Menurut seorang peserta Mustafa Amer, perang di Gaza kini dipolitikkan, lalu dia meminta maaf kepada rakyat Ggaza kerana 2 bilion umat Muslim tidak dapat membantunya.
Timbalan Ketua Gerakan Islam di Israel, Kamal Khatib berkata semua ini terjadi adalah disebabkan rampasan tanah oleh Israel yang berlaku pada 1948.
Baginya rakyat Palestin tiada tempat lain untuk berteduh, selain mengambil semula tanahnya.
Rakyat Arab Israel membentuk kira-kira 20 peratus daripada penduduk negara Yahudi itu yang berjumlah hampir 8 juta orang.
Warga Arab, yang kebanyakannya adalah keturunan Palestin yang tinggal di Israel selepas perang 1948 di sekitar kewujudannya, membentuk kira-kira satu perlima penduduk negara itu.
Astro Awani
Sun Mar 31 2024

Mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan sokongan untuk Gaza, perhimpunan tahun ini adalah untuk menyokong penduduk Gaza dan menghentikan perang. - Foto REUTERS
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mac 2024.

Rakyat Arab Israel protes, berarak sempena Hari Tanah
Perhimpunan tahun ini adalah untuk menyokong penduduk Gaza dan menghentikan perang.