KABUL: Rakyat Afghanistan menyambut Hari Raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Jumaat di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, lapor Xinhua.

Tiada insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini dan anggota keselamatan telah ditempatkan di sekitar masjid dan di kawasan sensitif yang lain.

"Situasi keselamatan baik dan saya berharap rakyat Afghanistan dapat menyambut cuti Aidilfitri selama tiga hari dalam suasana aman," kata Fahim yang menetap di Kabul.

Pemangku Menteri Dalam Negeri Khalifa Sirajuddin Haqqani dalam perutusan Aidilfitrinya, memberi jaminan kepada rakyat bahawa anggota polis akan berusaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan sepanjang cuti Aidilfitri selama tiga hari bermula Jumaat.

-- BERNAMA