Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi telah melantik Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri Thailand, lapor agensi berita China Xinhua.
Warta Diraja pada Selasa telah mengumumkan pelantikan Prayut sebagai perdana menteri selepas beliau diundi bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan itu dalam satu mesyuarat bersama dewan perwakilan dan senat minggu lepas.
Sejumlah 500 anggota parlimen dan senator mengundi Prayut sebagai perdana menteri berbanding 244 undi yang diperoleh pemimpin Parti Future Forward Thanathorn Juangroongruangkit.
Prayut mengekalkan kuasanya dengan sokongan padu daripada 19 parti sekutu yang diketuai Parti Palang Pracharath susulan pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.
Beliau belum membentuk kabinet dengan maksimum 36 menteri, termasuk dirinya sendiri.
Selepas pelantikan diraja itu diumumkan, Prayut mengeluarkan satu kenyataan untuk memberi jaminan bahawa beliau akan mendengar suara rakyat semasa menjalankan tugasnya dalam membasmi rasuah, mengurangkan ketaksamaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama mereka dalam sektor pertanian dan komersial.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada monarki Thailand kerana melantiknya sebagai perdana menteri dan semua senator serta anggota parlimen kerana memberi beliau peluang untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat serta membawa pembangunan sejahtera dan lestari dalam semua aspek.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
![Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560248854_TBTHAIPMPRAYUTH.jpg)
Prayut Chan-O-Cha bercakap selepas dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand di Bangkok, Thailand, 11 Jun, 2019. REUTERS
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596978539_SYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
![Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582327596_TBThanathorn.jpg)
Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun
Mahkamah memutuskan bahawa parti itu melanggar undang-undang dengan mengambil wang pinjaman 191.2 juta baht dari Thanathorn.
![Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560248854_TBTHAIPMPRAYUTH.jpg)
Raja Thailand umum pelantikan Prayut Chan-o-cha sebagai perdana menteri
Beliau diundi bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan itu dalam satu mesyuarat bersama dewan perwakilan dan senat minggu lepas.
![Pilihan raya Thailand: Parti pro junta Palang Pracharath raih 8.4 juta undi - SPR Pilihan raya Thailand: Parti pro junta Palang Pracharath raih 8.4 juta undi - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553787071_ThailandBangkok.jpg)
Pilihan raya Thailand: Parti pro junta Palang Pracharath raih 8.4 juta undi - SPR
Keputusan tidak rasmi yang telah lengkap itu diumumkan hari ini.
![OMG lancar buku 'Future Forward' OMG lancar buku 'Future Forward'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61371252540_295x200.jpg)
OMG lancar buku 'Future Forward'
Omnicom Media Group (OMD) melancarkan buku "Future Forward" berbentuk kompilasi artikel terpilih berkisar tentang inovasi pemasaran.