RAJA Belanda, Willem-Alexander memohon maaf di atas penglibatan negara itu dalam sistem pemerdagangan hamba suatu masa dahulu.
Willem-Alexander berkata, baginda ‘secara peribadi terkesan’ dengan apa yang pernah dilakukan bangsa itu dengan jenayah tersebut.
Baginda bertitah demikian dalam satu acara memperingati ulang tahun ke-160 pemansuhan undang-undang pemerdagangan manusia di Belanda.
"Saya berdiri di sini di hadapan anda sebagai raja anda dan sebagai sebahagian daripada pemerintah. Hari ini saya secara peribadi meminta maaf," kata Willem-Alexander.
"Pada hari ini kita mengingati sejarah Belanda yang terkait dengan pemerdagangan hamba, saya meminta
maaf atas jenayah ini terhadap kemanusiaan."
Baginda turut menarik perhatian bagaimana perkauman kekal menjadi masalah di Belanda, selain tidak semua orang yang akan menyokong permohonan maafnya itu.
Pemerintahan diraja itu pada abad ke-16 dan ke-17 itu meraih kekayaan dan kemewahan hasil daripada pemerdagangan hamba itu.
Pada Jun lalu, sebuah penyelidikan terbaharu mendedahkan hasil dapatan bahawa pemerintah Belanda menerima hasil sekitar AS$545 juta (RM2.5 bilion) antara tahun 1675 hingga 1770 hasil daripada aktiviti perhambaan yang dilaksanakan di negara-negara jajahannya.
Belanda yang pernah menjadi kuasa ketiga terbesar di dunia terlibat dalam aktiviti pemerdagangan hamba dengan mengirim sekitar 600,000 orang dari Afrika yang dijual dan dikerah bekerja di negara-negara jajahannya seperti Amerika Selatan dan Kepulauan Caribbean.
Kerajaan negara itu muncul sebagai negara terakhir di Eropah yang secara rasmi menghapuskan sistem perhambaan pada 1 Julai 1863.
Pada Disember lalu, Perdana Menteri Mark Rutte turut mengemukakan permohonan maaf bagi pihak negara Belanda selama 250 tahun dalam perhambaan.
Rutte dalam permohonan maafnya itu menyifatkan perhambaan yang dilakukan Belanda suatu masa dahulu sevagai ‘jenayah terhadap kemanusiaan.’
"Bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda," kata Rutte dalam ucapan, mengulangi permohonan maaf dalam bahasa Inggeris, Papiamento dan Sranan Tongo, bahasa yang digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.
"Negeri Belanda... memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka," kata Rutte.
"Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan," tambahnya.
Beliau turut memaklumkan, beberapa acara peringatan utama akan diadakan oleh kerajaan Belanda mulai tahun ini dan mengumumkan dana 200 juta euro (RM941.3 juta) untuk inisiatif sosial. - Agensi
Agensi
Sun Jul 02 2023
Raja Willem-Alexander memohon maaf di atas penglibatan negara itu dalam sistem pemerdagangan hamba suatu masa dahulu. - Gambar AP
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Raja Belanda mohon maaf penglibatan negara itu dalam perhambaan
Willem-Alexander 'secara peribadi terkesan' dengan apa yang pernah dilakukan bangsa itu dengan jenayah tersebut.