Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) penerbangan AirAsia QZ8501 hari ini menerima laporan kebakaran di sebuah pulau di dalam zon carian di mana pesawat itu didapati hilang tiga hari lepas, lapor The Malaysian Insider.
Menurut portal itu, saluran berita CNN dan CBS melaporkan dua pesawat telah dikerah ke lokasi kejadian untuk menyiasat sama ada api itu ada kaitan dengan pesawat Airbus A320-200 yang hilang bersama 162 orang di dalamnya.
BBC melaporkan pegawai Indonesia telah menghantar pasukan untuk menyiasat laporan berhubung asap yang dikesan di pulau itu.
Ketua mencari dan menyelamat Indonesia di wilayah Bangka-Belitung memberitahu BBC bahawa mereka telah menggerakkan pasukan untuk menyiasat laporan "kepulan asap" di Pulau Panjang, di selatan Pulau Belitung, di dalam zon carian.
Andriandi berkata asap itu dikesan pada Isnin oleh kru televisyen China, kira-kira 47km dari Manggar di Timur Belitung.
"Ada kemungkinan ia daripada pesawat AirAsia yang hilang itu, tetapi kita masih melakukan pengesahan lanjut."
Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa asap itu mungkin tiada kaitan dengan pesawat yang dicari.
Laporan penemuan minyak di perairan Pulau Belitung semalam didapati hanya batu karang di bawah permukaan laut.
Pegawai di Indonesia juga akan menyoal siasat dua nelayan yang melaporkan ada mendengar letupan kuat pada Ahad.
Namun begitu, ketua agensi carian dan menyelamat Indonesia, Bambang Soelistyo berkata pihak berkuasa masih belum mengesan sebarang isyarat daripada pesawat malang itu.
Penerbangan AirAsia Indonesia dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta ketika terbang dalam keadaan cuaca buruk pada Ahad.
Agensi
Tue Dec 30 2014
Pasukan SAR hari ini menerima laporan kebakaran di sebuah pulau di dalam zon carian di mana pesawat itu didapati hilang tiga hari lepas. -Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Data peribadi 128,000 pelanggan peminjam wang di Singapura dicuri
Data peribadi kira-kira 128,000 pelanggan daripada 12 pemberi pinjam wang berlesen (LML) di Singapura dicuri selepas sistem vendor IT pihak ketiga yang mereka gunakan digodam.
Omicron: Anugerah Grammy ditangguhkan
Selain Grammy, Omicron turut menjejaskan beberapa acara penganugerahan lain di Hollywood.
Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi
Menurut rangkaian penyiar CBS, temuramah itu menarik sejumlah 17.1 juta penonton di Amerika Syarikat.
CBS News silap, terbit berita palsu kematian Barbara Bush
Agensi berita CBS News secara tidak sengaja menerbitkan berita kematian isteri bekas presiden AS, Barbara Bush, atas talian pada Ahad.
David Letterman bakal gegar industri penyiaran
Lebih memeranjatkan, apabila menampilkan tetamu khas, bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada program 12 Januari.
Penggodam Rusia menyerang sistem e-mel Pentagon pada 2015 - CBS
Pihak AS menyalahkan Rusia atas serangan tersebut yang disifatkan bukan untuk tujuan perisikan namun satu serangan bagi menimbulkan kekacauan.
14 juta tonton siaran terakhir 'Late Show with David Letterman'
Hampir 14 juta menonton rancangan bual bicara terkenal 'Late Show with David Letterman' yang disiarkan buat kali terakhir di Amerika.
Kuching Global City tumpu CBS
Pelan pembangunan bertumpukan elemen 'Clean, Beautiful, Safe' dijangka mampu menyokong aspirasi kerajaan menjadikan Kuching sebagai Global City menjelang 2017.
QZ8501: Laporan kebakaran di zon carian, pasukan SAR dikerah siasat
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) penerbangan AirAsia QZ8501 hari ini menerima laporan kebakaran di sebuah pulau di dalam zon carian di mana pesawat itu didapati hilang tiga hari lepas.
Selebriti tidak endahkan memo di Grammy
Rangkaian televisyen AS, CBS telah pun mengeluarkan amaran agar tidak berpakaian yang mendedahkan pada majlis Grammy ini, namun begitu sebilangan bintang ternama sengaja melanggar amaran tersebut.