SINGAPURA: Data peribadi kira-kira 128,000 pelanggan daripada 12 pemberi pinjam wang berlesen (LML) di Singapura dicuri selepas sistem vendor IT pihak ketiga yang mereka gunakan digodam.
Kementerian Undang-Undang (MinLaw) memaklumkan sistem Ezynetic Pte Ltd (Ezynetic) yang tidak dihoskan atau dihubungkan dengan rangkaian Kerajaan, telah diakses dan data yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan telah bocor.
Kesemua 12 LML dan Ezynetic telah membuat laporan kepada pihak polis, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC).
Mereka juga memaklumkan peminjam mengenai pelanggaran itu dan meminta mereka untuk berwaspada terhadap penipuan pancingan data (phishing).
Pemberi pinjam wang yang terjejas ialah Ban King Credit (S) Pte Ltd, Credit 21 Pte Ltd, Lending Bee Pte Ltd, Katong Credit Pte Ltd, Credit Thirty3 Pte Ltd, GS Credit Pte Ltd, 1AP Capital Pte Ltd, Creditmaster Pte Ltd, BST Credit Pte Ltd, U Credit (Pte) Ltd, Horison Credit Pte Ltd, dan Credit Matters Pte Ltd.
Bagaimanapun, data lapan LML lain yang menggunakan perkhidmatan Ezynetic tidak terjejas.
Kementerian sedang menyiasat perkara ini bersama CSA dan PDPC, serta berhubung dengan Biro Kredit Singapura (CBS) untuk menyokong usaha pemulihan perniagaan LML yang terjejas.
Bagi mengekang kejadian sama, CBS telah mengehadkan akses ke platform untuk semua 20 LML yang disediakan oleh Ezynetic.
Fungsi dalam talian MLCB masih boleh diakses sepenuhnya oleh 133 LML lain di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

MinLaw memaklumkan sistem Ezynetic yang tidak dihoskan atau dihubungkan dengan rangkaian Kerajaan, telah diakses dan data yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan telah bocor. - Gambar hiasan/Pixabay

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Data peribadi 128,000 pelanggan peminjam wang di Singapura dicuri
Data peribadi kira-kira 128,000 pelanggan daripada 12 pemberi pinjam wang berlesen (LML) di Singapura dicuri selepas sistem vendor IT pihak ketiga yang mereka gunakan digodam.