Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura dari 30 Okt hingga 2 Nov ini.
Menurut Kementerian Luar Negeri (MFA) lawatan itu adalah yang kedua bagi Putera Charles selepas yang pertama pada 1979, dan yang pertama bagi isteri baginda, Camilla.
Ia adalah sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India selama 11 hari yang berakhir pada 9 Nov depan.
"Lawatan ini membuktikan hubungan bersejarah yang sekian lama terjalin di antara Singapura dan United Kingdom," kata MFA dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pasangan diraja itu akan diberi sambutan penuh istiadat di Istana pada 31 Okt disusuli dengan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob.
Halimah akan meraikan pasangan diraja itu dalam satu majlis santapan malam rasmi, kata MFA.
Putera Charles dan Camilla juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.Baginda berdua juga diberi penghormatan untuk menamakan bunga orkid selain menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Cenotaph.
Pasangan diraja itu turut dijadualkan melawat Pusat Harmoni, Galeri Nasional Singapura serta menghadiri acara kesusasteraan Komanwel.
Putera Charles dan Camilla akan ke Kuala Lumpur pada 3 Nov sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di India pada 8 Nov depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017

Pasangan diraja itu akan diberi sambutan penuh istiadat di Istana, Singapura. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.

Pertabalan Raja Charles: Camilla pilih Mahkota Ratu Mary, 'gugur' permata Koh-i-Noor
Mahkota itu pada asalnya ditauliahkan untuk pertabalan Mary of Teck sebagai Ratu pada pertabalan Raja George V, moyang kepada raja ketika ini pada tahun 1911.

Raja Permaisuri Camilla positif COVID-19
Selepas mengalami simptom selesema, baginda permaisuri disahkan positif virus COVID-19.

Camilla: Siapa permaisuri baharu England?
Lebih 25 tahun selepas kematian isteri pertama Charles, Princess of Wales, Diana, Camilla masih terpalit dengan kontroversi.

Camilla disahkan positif COVID-19
Berdasarkan kenyataan Istana Clarence House, Camilla kini sedang menjalani proses kuarantin.

Ratu Britain Elizabeth mahu Camilla ditabalkan menjadi Raja Permaisuri
Ratu Elizabeth mengucapkan terima kasih kepada rakyat jelata dan kaum kerabatnya atas sokongan yang telah diberikan selama ini.

Putera Charles disahkan positif COVID-19
Prince of Wales, Putera Charles disahkan positif COVID-19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland.

'Amaran' mendiang Puteri Diana kepada Meghan Markle
Sepasang kembar psikik di Amerika Syarikat, Terry dan Linda Jamison yang terkenal dengan ramalan masa depan mereka tampil dengan satu berita menggemparkan.

Putera Charles dan Camilla akhiri lawatan di Malaysia
Pasangan diraja itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 11 pagi dan melintasi pasukan kawalan kehormat, sambil dipayungi kerana hujan gerimis.

Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.