MAKKAH: Ahli keluarga jemaah haji khususnya warga emas dan tiada peneman di Tanah Suci boleh menarik nafas lega apabila Tabung Haji (TH) mewujudkan program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman) bagi membantu mereka ketika waktu kemuncak haji di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Pengurus Kaunseling bagi musim haji 1444 Hijrah, Mohamad Hanif Napi berkata menerusi program itu, jemaah haji yang terpilih antaranya akan diberikan bantuan iringan termasuk ke tandas selain melaksanakan ibadat.
"Antara kategori yang kita tetapkan untuk pemilihan dalam program Peneman ini ialah jemaah haji berumur 70 tahun ke atas, mereka yang tiada pengiring dan dari aspek kesihatan pula, mereka bukan sakit terlantar atau kronik," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihaknya akan melakukan saringan terhadap pencalonan yang dibuat pengurusan maktab penginapan jemaah haji, sebelum sesi temu duga dijalankan oleh panel bagi memilih peserta program berkenaan.
Menurutnya panel pemilihan yang terdiri daripada pakar perubatan, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) dan kaunselor dijangka memilih peserta program berkenaan pada 19 Jun ini.
Dalam pada itu, Mohamad Hanif berkata pihaknya turut melaksanakan Lawatan Silaturrahim iaitu kunjungan dari bilik ke bilik sebagai inisiatif menguruskan kesihatan mental jemaah haji yang antaranya berdepan masalah dengan rakan sebilik, selain masalah melibatkan hubungan suami isteri.
Beliau berkata pihaknya juga memperkenalkan sudut ekspresi diri dengan menyediakan kertas melukis dan mewarna serta bola stres sebagai terapi kepada jemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
![Progam peneman bantu jemaah haji yang memerlukan Progam peneman bantu jemaah haji yang memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685009610_TBJemaahHaji.jpg)
Menerusi program itu, jemaah haji yang terpilih antaranya akan diberikan bantuan iringan termasuk ke tandas selain melaksanakan ibadat. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013821_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
![Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717139547_MohdNaimMokhtar.jpg)
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
![KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555 KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719300254_TBDATUKLUKANISMAN.jpg)
KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
![DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718068282_pottery.jpg)
DIY tembikar tanah liat bantu kurangkan stres
Terapi seni tanah liat menawarkan pelbagai teknik yang dikatakan dapat membantu meningkatkan kesihatan mental.
![Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717739630_VNathan.jpg)
Tempoh pemeriksaan psikiatri lelaki didakwa tolak teman wanita jatuh dari kondominium dilanjutkan
Tempoh untuk pemeriksaan psikiatri ke atas seorang pemandu lori yang didakwa kerana membunuh teman wanitanya warga Thailand dengan menolak wanita itu hingga jatuh di sebuah kondominium dilanjutkan.
![Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717196375_TunJuharMahiruddi.jpg)
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
![Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623208770_MediaGeneric.jpg)
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
![Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715866759_Sleepy.jpg)
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
![Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715662611_Depression.jpg)
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
![Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712654735_RajaMudaPerlis.jpg)
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.