JERUSALEM: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz di kediamannya di pusat bandar Rosh Ha'ayin pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel.
Pertemuan yang berlangsung selama dua jam setengah itu menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk keselamatan dan hal sivil.
Gantz memberitahu Abbas bahawa beliau berhasrat untuk "terus mempromosikan tindakan bagi mengukuhkan keyakinan dalam bidang ekonomi dan awam, seperti yang telah dipersetujui ketika perjumpaan terakhir mereka," kata kementerian itu.
Menteri Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein al-Sheikh mengesahkan pertemuan itu menerusi laman Twitternya, sambil berkata, pertemuan kali ini membincangkan isu keselamatan, ekonomi, kemanusiaan dan ketegangan di Tebing Barat akibat tindakan pencerobohan Israel. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Mahmoud Abbas (kanan) mengadakan perbincangan selama dua jam dengan Benny Gantz menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk keselamatan dan hal sivil. - Gambar REUTERS
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
AWANI Borneo [05/10/2024] - Kes tembak di Song | Tingkat fasiliti | Hala tuju SMJ
AWANI Borneo Sabtu, 5 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
TVET pacu pembangunan, tingkat tenaga kerja berkemahiran
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET merupakan pemacu utama dalam pembangunan negara sekaligus meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut
Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera selepas pihak keselamatan Israel melancarkan operasi mengekang tunjuk perasaan besar-besaran di Gaza.