BEIJING: Presiden China Xi Jinping mendahului senarai pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada penyandang Presiden Rusia Vladimir Putin yang dipilih semula sebagai Ketua Negara itu pada Isnin, lapor Sputnik.
Dalam ucapan tahniahnya yang disiarkan oleh China Central Television (CCTV), Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu dan beliau yakin Rusia akan mencapai lebih banyak kejayaan besar dalam pembangunan di bawah kepimpinan Putin.
China meletakkan kepentingan utama bagi memupuk hubungan dengan Rusia dan bersedia untuk mengekalkan kerjasama rapat dengan negara itu dengan menggalakkan pembangunan mampan dalam perkongsian strategik itu, kata Xi.
Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada Putin berikutan pemilihan semulanya dan beliau menzahirkan harapan untuk bekerjasama bagi mengukuhkan perkongsian kedua-dua negara.
"Menanti untuk bekerjasama mengukuhkan lagi "Special and Privileged Strategic Partnership" yang telah teruji antara India dan Rusia dalam tahun mendatang," kata Modi di laman X.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un juga mengucapkan tahniah kepada Putin menurut agensi berita negara itu KCNA.
Pemimpin-pemimpin lain yang turut mengucapkan tahniah kepada Putin ialah Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev dan Presiden Belarus Alexander Lukashenko.
Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengucapkan tahniah kepada Putin ke atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden dan peratusan keluar mengundi luar biasa, kata Menteri Luar Venezuela Yvan Gil .
"Presiden Venezuela Nicolas Maduro Moros bagi pihak rakyat Venezuela mengucapkan tahniah kepada Presiden Vladimir Vladimirovich Putin dan pergerakan politiknya ke atas kejayaan besar dalam pilihan raya dan pemilihan semula sebagai Presiden Rusia bagi penggal 2024-2030," kata Gil di laman X.
Pada masa sama, Presiden Nicaragua Daniel Ortega juga mengucapkan tahniah kepada Putin atas kejayaannya dalam pilihan raya presiden dan berkata keputusan pengundian di Rusia merupakan sumbangan kepada kestabilan global.
"Kami mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin yang dipilih semula sebagai Presiden Rusia. Kami akan terus mengukuhkan persahabatan dan solidariti antara rakyat dan kerajaan kita," kata Menteri Luar Cuba Bruno Rodriguez Parrilla di laman X.
Presiden Bolivia Luis Arce dalam hantarannya di laman X berkata kemenangan Putin yang meyakinkan itu mengesahkan perpaduan rakyat Rusia terhadap kedaulatan dan pembangunan yang malar.
Presiden Iran Ebrahim Raisi juga mengucapkan tahniah kepada Putin berikutan kemenangannya dalam pilihan raya presiden, kata kedutaan negara itu di Moscow pada Isnin.
"Presiden Iran telah menyampai mesej yang beliau dengan ikhlas mengucapkan tahniah kepada Vladimir Putin di atas kejayaannya dan pemilihan semula sebagai Presiden Rusia," kata kedutaan negara itu di laman Telegram.
Amir Kuwait Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah adalah antara pemimpin pertama Negara Teluk mengucapkan tahniah kepada Putin di atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden, kata Agensi Berita Kuwait (KUNA) pada Isnin.
Amir Kuwait telah menghantar mesej ucapan tahniah dan berharap Presiden Rusia itu akan mencapai kejayaan, kesihatan yang baik dan kemakmuran selain daripada pengukuhan dan kemajuan dalam hubungan akrab kedua-dua negara bersahabat itu.
Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengucapkan tahniah kepada Putin di atas pemilihan semulanya itu, menurut agensi berita UAE, WAM.
Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa juga menzahirkan hasrat baginda untuk mengukuhkan kerjasama dengan Rusia selepas pemilihan semula Putin sebagai presiden negara itu, menurut mesej ucapan tahniah yang dikeluarkan Agensi Berita Bahrain (BNA) pada Isnin.
Baginda mengucapkan tahniah kepada Putin di atas pemilihan semulanya dan mengharapkan beliau berjaya dalam menjalankan tugas sebagai presiden selain daripada mencapai aspirasi rakyat Rusia untuk kemajuan, pembangunan dan kemakmuran yang berterusan, menurut BNA.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Tue Mar 19 2024
Putin berucap ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat kempen beliau selepas berlangsung pilihan raya presiden di Moscow, 18 Mac 2024. (Foto AP)
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
BRICS 2024: Xi, Putin bertemu di Kazan
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin.
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.
China bersedia jadi rakan kongsi dan sahabat kepada AS - Xi Jinping
China sentiasa mengendalikan hubungan Beijing-Washington berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mencapai manfaat bersama, kata Presiden Xi Jinping.
Lawatan Negara ke China satu kejayaan - Agong
Sultan Ibrahim bertitah banyak perkara telah dibincang bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin.