"CUKUP setakat Aceh."

Itu antara reaksi awal netizen Indonesia susulan gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, malam tadi.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengingatkan penduduk di Sumatera Barat, Sumatera Utara, Aceh, Bengkulu dan Lampung untuk berwaspada.

Netizen berharap agar tiada kejadian tsunami yang akan berlaku kali ini.






Setakat ini, beberapa hashtag yang trending di garis masa media sosial di Indonesia adalah #PrayForSumbar dan #PrayForMentawai.




Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa dikesan pada kedudukan 808 kilometer barat daya Padang.

Berdasarkan laporan MetMalaysia, gegaran tersebut mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor.

Beberapa minit selepas kejadian gempa itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang daripada penduduk yang merasai gegarannya.

Jabatan berkenaan telah mengambil tindakan pemantauan ke lokasi-lokasi terlibat.

Pada masa yang sama, tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.