PARIS: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Perancis pada Rabu (24 Julai) dalam rangka pertemuan dengan Presiden Emmanuel Macron di Istana Elysee Paris.
Prabowo, yang juga presiden terpilih itu, turut mengucapkan tahniah kepada Perancis yang menjadi tuan rumah kejohanan Olimpik 2024 yang berlangsung dari 24 Julai hingga 11 Ogos mendatang, lapor Kompas.com.
“Kami yakin bahwa Olimpik ini akan mencatat kejayaan besar, menampilkan bakat luar biasa dari para atlet dari seluruh dunia dan menyatukan negara-negara dalam semangat persahabatan dan pertandingan yang sesungguhnya,” kata Prabowo, dikutip dari siaran media Kementerian Pertahanan, pada Khamis.
Dalam rangka kunjungan tersebut, Prabowo turut menyampaikan komitmen untuk memperkuat kerjasama dengan Perancis, khususnya dalam bidang pertahanan.
Indonesia dan Perancis selama ini menjalinkan kerjasama dalam bidang pertahanan dari pelbagai aspek, khususnya modenisasi peralatan dan kelengkapan sistem persenjataan, industri pertahanan, pendidikan dan latihan, serta forum dialog.
Dalam pertemuan itu, kedua-duanya dijangka membahaskan isu-isu keamanan global yang menjadi perhatian bersama.
“Kami menghargai Presiden Macron, yang berperanan penting dan aktif dalam keberhasilan hubungan bilateral antara kedua-dua negara. Saya yakin kapasiti Macron sebagai presiden akan terus mempertahan dan meningkatkan kerja sama antara Indonesia dan Perancis,” kata Prabowo.
Agensi
Thu Jul 25 2024

Dalam pertemuan dengan Macron, Prabowo turut menyampaikan komitmen untuk memperkuat kerja sama dengan Perancis khususnya dalam bidang pertahanan. - Instagram @prabowo
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Prabowo seru media supaya punyai integriti sempena Hari Pers Nasional Indonesia ke-79
Prabowo mengakui cabaran yang dihadapi industri media, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.

Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.

Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.

Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.

Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.

Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.

Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Prabowo akan diberikan sambutan negara, sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.