JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, yang merupakan presiden terpilih dalam Pemilihan Presiden 2024, melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing pada Isnin, demikian menurut Kementerian Pertahanan Indonesia.
Menurut kementerian itu, Prabowo dalam pertemuan itu berharap untuk terus melaksanakan secara progresif pelan tindakan pengukuhan perkongsian strategik komprehensif antara Indonesia dan China.
"Mengenai kerjasama pertahanan, saya melihat China sebagai satu daripada rakan utama dalam memastikan perdamaian dan kestabilan serantau," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu.
Kementerian itu menyatakan Prabowo komited memenuhi keperluan peralatan pertahanan Indonesia termasuk meningkatkan kerjasama antara industri pertahanan dan dialog produktif serta kerjasama antara cabang perkhidmatan.
Sementara itu, Xi menyatakan komitmen China untuk meningkatkan kerjasama strategik yang komprehensif dengan Indonesia di pertemuan yang berlangsung hangat dan mesra.
"Hal ini menunjukkan keinginan China untuk memperkuat hubungan bilateral dengan Indonesia dalam berbagai bidang, termasuk pertahanan, ekonomi, dan keselamatan," kata kementerian itu.
Xi menegaskan kesediaan China memberi sumbangan positif dalam menjaga perdamaian dan kestabilan rantau serta global dan menekankan pentingnya kerjasama kedua negara menjaga keamanan maritim di wilayah Asia Tenggara.
China bersedia meningkatkan kerjasama maritim dengan Indonesia di bidang marin dan komited membantu ASEAN mengurangkan kemiskinan, sekali gus menunjukkan peranan aktif China dalam mendukung pembangunan dan kesejahteraan, menurut kenyataan itu.
Xi turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo yang dipilih sebagai presiden terpilih dalam Pemilihan Presiden 2024, serta menyampaikan salam kepada Presiden Joko Widodo.
Prabowo turut memuat naik gambar pertemuan mereka di akaun Instagram dengan kenyataan: "Suatu kehormatan mendapat undangan dan disambut langsung oleh Presiden Xi Jinping di Beijing, China."
Beliau dan delegasi kementerian tiba di Beijing pada Ahad dan turut dijadualkan bertemu Premier Li Qiang dan Menteri Pertahanan China Dong Jun hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Prabowo dalam pertemuan itu berharap untuk terus melaksanakan secara progresif pelan tindakan pengukuhan perkongsian strategik komprehensif antara Indonesia dan China. - Gambar/ Reuters
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.
Indonesia sekali lagi usir kapal pengawal pantai China dari Laut Natuna
Indonesia sekali lagi mengusir kapal Pengawal Pantai China di Laut Natuna Utara, mencetuskan satu lagi ketegangan berhubung sempadan maritim.
Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran
Kementerian Luar Indonesia berkata semua pihak perlu mengawal diri dan elak daripada sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Indonesia berada pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga, kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China).
Persahabatan Anwar dan Prabowo suntik dinamisme baharu hubungan Indonesia-Malaysia
Gambar-gambar yang dikongsi kedua-dua pihak di media sosial jelas akan pertemuan itu menampakkan keakraban mereka.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.