Pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, dalam ucapannya pada Isnin menyeru semua negara menyokong dialog untuk membawa keamanan di Semenanjung Korea dan bekerjasama untuk mengharamkan senjata nuklear, lapor Reuters.
"Adalah penting untuk menyokong segala usaha dialog di Semenanjung Korea, termasuk mencari kaedah baharu menangani pertelingkahan, meningkatkan kesalingpercayaan dan memastikan masa depan yang aman untuk rakyat Korea dan seluruh dunia,” ujar Francis dalam ucapan perdana sempena tahun baharu.
Francis berkata demikian di hadapan wakil dan diplomat dari 180 negara, sehari sebelum Korea Utara dan Korea Selatan dijadual mengadakan rundingan menegnai penyertaan Korea Utara dalam Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.
Acara tersebut dilihat para diplomat sebagai peluang terbaik untuk perbincangan tentang topik seperti isu kemanusiaan dan hubungan persaudaraan.
Awal tahun ini, selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata bahawa dia bersedia ‘menekan butang’ senjata nuklear, Trump menerusi Twitternya menyatakan AS mempunyai senjata nuklear yang ‘lebih besar dan berkuasa’.
“Senjata nuklear mesti diharamkan,” tegas Francis.
Selain itu, dalam ucapannya, Francis mengulangi seruan agar penyelesaian dua hala dapat dicapai antara Israel dan Palestin dan perlu hormati status quo Baitulmaqdis berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengisytiharnya sebagai ibu negara Israel.
Francis antara lain turut menyentuh soal penghijrahan manusia dan pelarian, dan perubahan iklim serta usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Dalam sesi pertemuan selepas ucapannya, Francis dilihat menghabiskan basa yang lebih dengan wakil Korea Selatan, Jonghyu Jeong, berbanding diplomat lain.
Agensi
Mon Jan 08 2018
FRANCIS: Adalah penting untuk menyokong segala usaha dialog di Semenanjung Korea.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Iran pilih keamanan tetapi sedia untuk sebarang senario - Menteri Luar
"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario."
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Ketua tentera Myanmar seru pulihkan keamanan untuk tarik semula pelancong
Ketua tertinggi tentera Myanmar meminta pengusaha pelancongan untuk mempromosi pelancongan yang selamat dengan tema "Pelancongan dan Keamanan".
Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak.
PM Anwar ragu sistem antarabangsa untuk capai keamanan
Malaysia akan sentiasa komited terhadap pematuhan undang-undang antarabangsa, sambil menolak sikap segelintir negara yang mengabaikan keamanan, kemajuan dan semangat bersatu padu di dunia ini.
China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab
Xi menyatakan demikian semasa menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab (CASCF).
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
China, ASEAN bekerja keras muktamadkan COC di Laut China Selatan - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata COC akan menjadikan Laut China Selatan kekal sebagai "lautan keamanan dan kerjasama".
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.